Apa itu “ Baby -Weaning”?
Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau
susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid yang bertekstur halus.
Panduan Pemakanan Bayi
Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food
Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba
makanan baru iaitu:
- Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
- Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia
terhidang kat atas meha
- Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari
- Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut
(nganga)
- Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
- Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6
bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka
bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih
elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan
berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse!), tidur malam
dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat
beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
- Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan
sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana
diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.
Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga
mereka berusia 12 bulan.
Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan,
seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana bilanya
bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur
pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja.
Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja, namun begitu dalam
proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak andanyang
dipengaruhi oleh keadaan seperti :
- tumbuh gigi
- keaktifan seseorang bayi
- proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya
Apa yang perlu diberi pada bayi sebagai makanan pejal pertama pada bayi anda?
Umur 4 ~ 6 bulan :
- Tujuan
memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda
dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.
- Mulakan dengan 1
hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan)
pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan
tadi.
- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih
belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke
dalam botol susu baby, BAHAYA!.
- Jika baby anda menerima makanan tadi,
maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap
hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.
- Antara cara untuk melihat
baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi dengan jari anda dan lihat jika
baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby
dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.
- Antara
makanan awal yang boleh diintrokan kepada baby anda ialah Brown Rice,
Avocado & Banana, Apple , Pear , pumpkin, sweet potato bukan potato biase tu ye!
Umur 7 ~ 8 bulan :
Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple ,
Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato ,
Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu
lembut
Umur 8 ~ 10 bulan :
Brown Rice, Oat, Barley , Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta,
Sesame, Flax Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape,
Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo ,
Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green
bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga
kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut,
beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese
(seeloknya cream cheese)
Selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan
bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley@ herbs ke dalam
bubur baby.
Umur 10 ~
12 bulan :
Semua jenis grain, Keledek Oren/Ungu, Avocado ,
Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry,
Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum
, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun
Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang,
cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam ,
tomato, , whole egg & any fish
Cara buat Puree / Sayur :
1. Rebus@stim buah/sayur.
Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur.
gunakan
sikit je air dan api kecik ye.
Kalau stim, boleh stim sekali 2-3 jenis2
sayur/buah
Sayur yang baby boleh makan adalah:
- Bayam Hijau@Merah
- Brocoli
- Kentang
- Carrot
- Pumpkin
- Avocado
- Cauliflower
- Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
- Cranberry
Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
Pear
Apple Merah
Pisang
Strawberry
Blueberry
Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
ikan salmon (memangg banyak khasiat)
ikan yu
ikan kurau
ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
2. Bila sayur/buah dah lembut, blendkan asing2
Saya guna blender kering
tu je
Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut.
3. Nasi banyak kabohidrat, so kekadang tu tukar2 dengan oat or
beras perang.
Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang
nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis bagi rasa, ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.
4. Macam saya, masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...
5. Bagi mommies yang nak buat asing untuk simpanan boleh bekukan asing2 dalam baby
cubes atau dlm ice tray.
Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan
masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.
Cara buat Puree Nasi / Beras Perang / Oat :
1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi macam nak
buat bubur. Air lebih dair biasa.. biar nasi tu sampai kembang.
(untuk permulaan
bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)
2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang
saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jangan campur, cuba untuk
seminggu.. tengok ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)
3.Pada mommies yang nak antar kat BS.. and mommies yang nak buat asing utk
simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice
tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak
dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita..
steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpmt beku, kalau nk guna kuarkan
dulu dan masuk dalam slow cooker sekali dgn beras, masak dan blend..
4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan. mcm saya dalam
sekali masak, jgn simpan lama2. tak elok hilang khasiatnya... sbb
senang..
5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air
kering ke
6. Nak simpan dalam freezer simpan dlm tupperwre kecik, and tagging
(tarikh
dgn bahan2)
Cara buat Puree Ikan / Ayam / Daging :
1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...
2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa
dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk
baby...
3. Bekukan sama mcm sayur/buah.
---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun
dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...
---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri
nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food
warmer atau microwave pun boleh juga...:)
---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...
---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot
ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun
boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm
oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn
bubur...
Tempoh penyimpan: freezer storage
Vegetables / fruits pureee = 6 bulan
Fish = 10 weeks
Chicken = 10 weeks
Puree's with milk = 4-6 weeks
(kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for
baby)
Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu
boleh tau anak alergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...
Pemakanan yang perlu dielakkan & Cara Pemakanan untuk Baby :
Cara betul memberi bayi makan :-
1) Anak berada dlm keadaan selesa
-
Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala supaya
dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian bayi,gunakanlah
bib.
2) Makanan yg sesuai
- Makanan pertama yg anda
perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu
berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur
nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu
3) Tidak terlalu
panas
- Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu
sejuk.Cukupla sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd
satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan memudahkan
anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar mkn menggunakan
sudu dan bukan melalui botol susu
4) Bersabar
- Pertama
kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak anda tidak akan
mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum biasa utk
makan.Jadi,ambillah masa
5) Jaga kebersihan
- Pastikan
semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih drpd sebarang
kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini perlu dipandang serius
agar bayi tidak berasa serik utk makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk
menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit
6) Pastikan
bayi betul-betul lapar ketika itu
- Ramai berpendapat,waktu
terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu
pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan
rasa lapar.Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum
sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi
makan
INFO
Masa terbaik utk memberikan
anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari.Anda
dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada
bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu
siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan
sewajarnya.
Makanan
Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun
Semakin bayi anda membesar, semakin
dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin
tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak
anda.
Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda
kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda
yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga
adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi
anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan
membaca…
Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau
Hingga 6 Bulan
- Semua makanan pejal
Sistem penghadaman bayi
belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.
Makanan
Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan
- Garam, gula dan rempah-rempah
yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda
mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika
anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
-
Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin
mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
- Putih Telur
:
Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi
berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko
alahan putih telur adalah tinggi.
- Buah-buahan
Citrus:
{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan
anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika
terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid
yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.
- Madu
:
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi
berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa
kepada maut!
- Kacang, Mentega Kacang :
Selain
daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh
menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
- Susu
Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak
dipasteur:
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi
setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan
mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai
semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh
diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam
keluarga.
- Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang
bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang
tinggi.
- Minuman :
Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga
minuman berkarbonat.
- Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah
dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
- Gandum dan Produk Gandum
:
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut)
di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu
sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
-
Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun
jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti
jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3
tahun.
Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24
bulan
- Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar
memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran.
Selepas umurnya 2
tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat.
Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.
- Lain-lain Makanan
Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda
ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat.
Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
Kredit : Panduan Pemakanan Bayi