Wednesday, February 10, 2010

~:: dinner @ chili's!.. ::~




Sabtu lepas, papa belanja makan malam Chili's.. Yey! Time kasih my dear hubby...
Selepas letih survey hamper CNY yang menarik buat buah tangan untuk kawan papa di Mid Valley... perut kitaorang pun dah minta diisi... terus menuju ke Chili's untuk santapan makan malam.. xsampai 10 minit kitorang dh dapat seat.. maklumlah ramai peminat cili ni. xperlulah nak beratur & menunggu lama.. dapat seat pun startegik, leh posing bergambar... : ) 

Opsss....!! bukan makan cili kat atas tu.... yang bawah ni la... : )


...hmmmmmmmm....

... papa tengah kusyuk mentelaah menu lain untuk belanja mama & Izz lagi di lain hari.... : )

Menu Izz adalah PEPPER PALS® CHEESE QUESADILLA.
Menu Mama Izz adalah SOUTHWESTERN LAMB
Menu Papa Izz adalah FAJITA TRIO

... posing time!!! tengah makan....

... posing time!! dah kenyang....

... bayar time!! .... : )

Tuesday, February 9, 2010

~:: Doa Seorang Isteri ::~


Dapat dari one of my blogger's blog. Saje nak share di sini...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya  suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati..

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, February 4, 2010

~:: Apa khabar KYLA?! ::~




31.01.2010 (Ahad)
ALOR GAJAH - 3.45 ptg, melawat Kyla yang amat kerinduan pada keluarganya yang ter C.H.I.N.T.A. ! Nak masuk sebulan Kyla menjadi tahanan di sana.. : ) Berbekalkan KFC... mak ayah belikan untuk anak bongsunya yang dirindui.. banyak bekalan yang dibawa buat Kyla untuk dijadikan stok ketika kelaparan.Macam2 ada!! Air beyond dalam botol xlupa juga dibekalkan. Bowink....! 'Raya cina boleh balik 5 hari. Dah beli tiket bas. Ramai kawan join sekali. naik bas, nanti ayah jemput kat puduraya ek!?!' pesan Kyla pada ayah. Tepat pukul 5, announcement bergema! 'waktu melawat sudah tamat!. Posing bergambar sebelum pulang KL.. 

Wednesday, January 20, 2010

~:: my fwenz wedd again?? ::~


17.01.2010 (Ahad)
Sentul - Menghadiri majlis perkahwinan Zul & haza... meriah sungguh & semoga bertambah rezeki dan berkekalan sepanjang hayat hendakNYA... tahniah!!

Tuesday, January 12, 2010

~:: My Frenz WEDD! ::~

10.01.2010 (Ahad)
Putrajaya - Menghadiri majlis perkahwinan jojo & izu.. meriah & amatlah secocok kedua2 mempelai tu.. semoga bertambah rezeki dan berkekalan sepanjang hayat hendakNYA.. Tahniah!!

Monday, January 11, 2010

~::Izz bersama BUGGY CAR ::~


... hmmm... dah lama xupdate blog ni, rase macam ketandusan dan agak kekok nak mengarang cerita.. jalan2 di 1u. Paling seronok bagi Izz adalah pemanduan 4wd Izz bersama buggy car tu la... Excited gile! Yang keletihan? mama & papa Izz yang menolak... Tapi apapun memang seronok berjalan2 nih sambil berwindow shopping.. 1 happy family at 1u... : p

Saturday, January 2, 2010

~:: 1st Recreation 2010 ::~





.... Tahun Baru menjelang tiba... so Sg. Congkak menjadi pilihan.. Sebenarnya Kak ipar baru yang berhajat nak belanja makan malam ikan bakar kat Teratak Sri Murni di Bt. 9 hulu langat. Itu aktiviti belah malam tapi kitaorang mandi-mandi dulu di sebelah petang sambil ber'barbeque' di sana pasal dah nak dekat dah dengan lokasi makan malam tu.. Ayam yang menjadi mangsa barbeque kak ipar baru yang sponsor... Gambar2 makan malam dan sesi ber'karok' dah xsempat nak 'snap' pasal sume orang dah kebulur & teruja selera sampai xingat nak berposing..

note: psssttt... spelling rekreasi tu salah... malas nak edit! abaikan!!

Friday, January 1, 2010

~:: Selamat Tahun Baru ::~

Visit SweetComments.net





... Jalan-jalan tengok bunga api kat BB.... sebelum tu gi jalan2 kat Wangsa Walk & makan di Popeye... dah kenyang baru bergerak ke BB berjumpa dengan rakan2 papa Izz di sana sambil menyaksikan bunga api..

Monday, December 7, 2009

~:: Aksi Ceria Si Manja Bersama Stereng! ::~

Jom ramai2 join contest anjuran oleh Ryn @ directlink

Nama Si Comel  : Izz Irfan
Umur Si Comel : 2 Tahun 6 Bulan 2 Minggu 3 Hari

Inilah gambar Izz bersama stereng 'car' nya. Nampak kecil je stereng tu.. janji stereng kan..! Aksi ni xdelah spontan. Mama Izz yang suruh aksi begitu! xsenonohkan... huhuhu! Disebabkan Izz yang buat aksi tu bukan Mama Izz so... it's so... cuteeee..... huhuhu!!

~:: SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY::~!










Nama Serius Baby : Izz Irfan
Umur Serius Baby : 2 Tahun 6 Bulan 2 Minggu 3 Hari


Ini dia gambar Izz yang telah dengan seriusnya Mama Izz pilih! Gambar Izz bersama sepupu2 perempuannya yang lain di 1 majlis perkahwinan. Giveaway untuk budak2 dapat gula2. Seronok sakanlah mereka makan gula2 tu sambil berposing2 bergambar!.... 
Blog Widget by LinkWithin