/ MY POOL 2.0 /


Memaparkan catatan dengan label rumahku syurgaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumahku syurgaku. Papar semua catatan

Khamis, 26 Disember 2013

/ Mencucuk & Menanam Vol. 4 /

Daun pandan nan subur.
Alhamdulillah~
Thank you Allah..
daun pandan membiak dengan jayanya
setelah hujan di bulan November & Disember
Macam2 kegunaan daun pandan nih
(macam orang expert je bercerita, konon!)^^

Aku yang kebuntuan..
Mak aiii...
lebatnya daun..
Asal masak nasi je
aku buh 2-3 simpul daun pandan
nasi putih tu, nasi lemak mestilah bubuh..
Masak agar2@puding
x ketinggalan daun pandan
yang blender pun buh ^^
kerajinan je blom melonjak
Kek pandan, kuih buah melaka..
macam2 dalam kotak fikiran..

Hmmm..
tinggal nak potong je pokok pandan tu
agihkan kat mak, mak metua & kengkawan
Jiran?
jorang pun sama gak rezeki macam aku
beranak2 daun pandannya..!
Teringin nak tanam pokok durian belanda! ^^

Jumaat, 20 Disember 2013

/ dari Dapurku Vol. 6 - Breaded Sausage Roll /

selalu breakfast
time kerja, trun cafe kat lobby
hari2 terpandang benda alah ni
kadang2 bawak Izz..
benda alah nilah yang dia tunjuk suh beli

hmmm...
search resepi wat benda alah ni
rupanya senang gilerzz nak buat
cuma rajin dengan malas je yang membezakan
kewujudan benda alah ni huhuhu...
mudah, leh wat sendiri kat dapur anda

meh kongsi, resepi yang mudah ni, cuma perlukan...

Bahan-bahan:
1. roti gardenia
2. breadcrumb (leh beli kat kedai kek)
3. telur (dipukul manja) ^^
4. hotdog (distimkan terlebih dahulu-ikut suka)

Cara membuatnya:
1. leperkan roti (gilingkan guna mug jew!)
2. gulungkan roti bersama hotdog. gamkan roti, gunakan secalit telur
3. celopkan roti dengan telur
4. taburkan breadcrumb ke seluruh roti yang telah di gulung
5. goreng guna minyak yang panas sehingga kekuningan

Siap!!
leh letak cheese kat dalam roti klu suka!
pandai2lah korang olah sendiri resepi klu nak lagi sedap..

tara...
sedap dimakan panas2 bersama sos cili Thai... ! ^^



tambah wat meatball, skali jalan guna breadcrumb tu..! ^^

Selasa, 10 Disember 2013

/ dari Dapurku Vol. 4 - Macaroni Bakar /

 Macaroni bakar

Dah tinggal lagi setengah pek macaroni nih!
Nak masak ape erk?

Asyik2 macaroni goreng, macaroni bolognese & macaroni sup

godek2 lagi resepi dalam hp yang aku download kat playstore
teringin plak nak wat macaroni bakar
tapi mak aihhh..!
banyak tul guna telur, 4-5 biji?

Hmm..
demi Izz yang kelaparan dan dah xde lauk yang boleh masak
demi kelaparan dan keteringinan aku gak..
dan hanya tinggal 2 biji telur Gred A dan sekeping cheese
nak gak masak macaroni bakar!
macam geram je! macam lapar je!
macam sedap je, tengok gambar macaroni bakar kat dalam resepi hp nih! 

Macaroni yang terlebey & terkurang telur.. eheheh

Dan inilah hasilnya! tadaa...
Percubaan kali pertama

Perlu diperbaiki lagi..
"rase dah ade.. rempah ok
hmm... kurang telo & keju".. (macam rancangan celebrity chef dah!) ^^
tu yang berteraboor macaroniku!
Itulah komen tulus ikhlas dari en. hubbyku..

Trus google cari resepi yang terbaik!
Jumpe kat resepinannie
MasyaAllah.. Tabarakallah...
Sangat marvelous dan menggiurkan.. wallahhhh!!!
Beliau memang expert bab pasta2 nih!
dan sesuai dengan tekakku ini!

Lain kali nak cuba masak lagi
bila sume bahan2 dah cukup sifat
bilenyee??
Di samping kerajinan ku datang menjelma...
Chaiyoookkkk!!




Iris yang blom mengenal erti makanan pejal. Abg Izz yang kebohsanan jadi mangsa paksa rela bergambar. ^^



kalu nak pedas, makan dengan sos cili pun sodappp!! ^^

Khamis, 14 November 2013

/ Mencucuk & Menanam? Vol. 3 /

Dah naik semak kutengok!
sekangkang kera kebunku nih
lalang2, pokok2 tumpang
pun dah naik sama tinggi dengan pokok yang aku tanam

masa pregnant & waktu berpantang
xtersentuh sekangkang kera kebunku
malas ade, xlarat pun ade..

lepas pantang
balik semula ke rumah??


MasyaAllah..!

dan menjalar2 daun pokok keledek
yang naik atas pagarnya..
yang menjalar sampai terjuntai2 kat tangga
mak aiii...
nak kene trim sume pokok2 nih

Apa lagi panggil pembantu setiaku

Abg Izz...
Jom tolong mama potong pokok2!
gunting, plastik beg hitam, penyodok, baja tahi kambing, watering scan
Siaapppp!!
Ops cantas pun bermula...


Sedikit Kronologi pokok  daun pandan dan hasil tanamanku..


Asal masak nasik je 
aku letak daun pandan eheheh..
xkira la nasik putih ke, nasi ayam, nasi etc, bubuh! ^^


pokok daun pandan sebelum tumbuh membesar 1 tahun 4 bulan yang lepas



gambar kiri - pokok daun pandan yang tumbuh tegak berjaya dengan Izin dariNya gambar kanan -  hasil ubi keledek lagi! Alhamdulillah ~


Al-Fatihah!
Pokok betik ni telah gugur di perbatasan kebun kecilku
sob...sob... sob..
diserang penyakit Mati Rosot Betik (macam kompom je kene penyakit ni!)

dalam kenangan

Aku nak tau jugak kenapa?!
kenapa pokok betikku yang kian membesar
dan naik tinggi sama paras dengan ketinggian aku ini 
tetiba..
aku tengok daun2 & pucuk betik di sebelah atasnya 
macam kene penyakit, daunnya macam busuk dan berlendir
tapi xberbaulah..
makin hari daunnya makin layu
sampai lebam kehitaman batang pokok

sedihnya aku tengok..
makin hari serangan ke atas batang pokok betikku
semakin parah..
akhirnya... mati.. (innalillah...) : (
xde rezeki nak merasa hasil betik tanam sendiri

Setelah digoogle
Penyakit Mati Rosot Betik?
aku tengok & baca maklumat yang disalurkan kat sini
memang sama sume simptom2 yang dinyatakan
tu yang macam kompom je kene penyakit ni
macam dasyat je...
trus aku kuarantinkan tanah bekas pokok betik tu
aku malas kosongkan sampai sekarang xtanam ape2 lagi

selang beberapa bulan..
aku mengintai jenguk
pokok betik jiran belakang rumah
eh, samalah!
kene gak penyakit seperti pokok betikku
makin layu dan lama-kelamaan mati...
Kita serupa... ehehehe

Tapi kali ni
pokok betik jiranku dah berbuah ranum
terbeliak mataku eheheh
usaha tangga kejayaan

Aku?
asyik tertangguh2 nak tanam pokok betik baru..
tunggu!! ^^

Isnin, 11 November 2013

/ dari Dapurku Vol. 3 - Mixed Vege & Sausage Bun /

 Mixed Vege & Sausage BunSausage Bun

Ini kali pulak
godek2 resepi dalam hp yang aku download kat playstore
teringin plak nak wat Sausage Bun nih
Selalu, hanya tau beli & makan je kat kedai roti
dan sekarang, aku xnak tau ngappp je
aku bleyy!! bleh wat sendrik!
Tapi, kene rajin je.. ^^
macam menarik je tengok gambar Sausage Bun nih
macam comel je... macam cantik je.. macam comel je! ^^ eheheh

Buka frezzer
fewww... naik bulu tengkuk jap
yelah... sejukk!!!
ok, ade hotdog, kekacang 3 sekawan (suka2 hati i la bagi nickname)
ala... yang sayur frozen bercampur, yang ade carrot + peas + jagung tu...
mayo, sos cili, thousand island cheese... ok!
Cukup syarat!

Line clear??

Jenguk Iris, hmmm... Iris baru je lepas menyusu, lena!
kira dalam 1/2 jam mungkin bleh dapat dalam tangan, Iris akan tido
klu Izz xwat bising, sume kerja xleh wat!!

Ini bahan2nya. Gambar atas base roti. Gambar bawah bahan hiasan saya kukus sekejap.

Wokeh!
Mama : Ari ni mama rase macam nak wat roti yang ade hotdog tu la..
Izz : Ye ke mama? yang gambar dalam hp mama tu eh? Yey!!
Mama : A'ah.. nanti Abg Izz tolong mama yeh?
Abg Izz : OK!


Abg Izz yang kegirangan
memang bleh tolong
tapi bile@klu Iris dah bangun
Abg Izz yang kene tolong tengokkan Iris
Mama yang berkungfu sorang2 kat dapo.. ^^

Gambar 1 - Sausage Bun sebelum ditopping.  Gambar 2 - Sausage Bun setelah ditopping dengan tamaknya!

Gambar 1 - Sausage Bun dibakar. Gambar 2 - Roti naik setelah dibakar. Gambar 3 - Siap dibungkus






Bahan2 untuk doh:
Aku copy & paste kat cinta-wanhazisya.blogspot.com

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

(D) Filling
Red bean filling (beli yg readymade ajer)

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly. (REFER TO THE PICTURE)
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.

Kesimpulannya:-
InsyaAllah.. akan cuba lagi & lagi nak wat roti lain gak!
Kepuasan dihati menjelma, untuk menambah ilmu memasak roti di dada

cuma waktu dan kerajinan yang diperlukan!!
all d best 4 me!

Chaiyokkk! ^^

Rabu, 1 Ogos 2012

/ Kuih Keria Edisi yang TerULUNG /

n3 ini amat berkaitrapat dgn n3 sebelum ini iaitu...
 / Mencucuk & Menanam /

Sonoknye tak terkata! keledek hasil cucuk & tanamku, benih pemberian mak tu.. dah beranak-anak keledeknya! (Betul ke ayat aku nih?)

Sronok, sronok gak tapi kompius memikirkan ape yang aku leh masak dari hasil tanaman ini. Aku suka keledek tapi bukanlah feberet dan bukanlah makanan kegemaran my hubby. Kalu Izz, saya bleh training dia supaya suka makan keledek.. ^^

Hmm.. dalam kotak mindaku hanya ada 2 jenis kuih yang senang-lenang untuk dibuat iaitu :-

Kuih Cek Mek dan Kuih Keria

Hasil undian kata-kata hatiku adalah.. Kuih Keria !
Lepas ni nak try plak wat Kuih Cek Mek untuk Mek! ^^

Bahan-Bahan:
3 biji ubi keledek
Sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus
1 cawan tepung gandum
3 sudu gula dan air
 
Cara Membuat:
1. Rebus ubi keledek bersama garam & air hingga empuk
    (aku potong kecil2, cepat empuk!)
2. Toskan dan lenyek ubi keledek
3. Masukkan tepung sedikit2
4. Bulatkan dan goreng sehingga kekuningan
 
Sira Gula:
1. Masukkan gula & air dalam kuali dengan api perlahan
2. Kacau hingga gula larut & pekat 
3. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi 
4. Kacau hingga kuih keria bersalut dengan gula.
 
Siapp!!
 
Kronologi pembuatan Kuih Keria yang TerULUNG!!



 
gambar hasil paksaan dari mama Izz! ^^


Rabu, 25 Mac 2009

~:: rumahku syurgaku... ::~


...insyaallahh.. dijangka siap bulan June, 2010.. alhamdulillah rezeki kurniaan Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...