/ MY POOL 2.0 /


Rabu, 6 Ogos 2014

Khamis, 8 Mei 2014

/ Selamat Tinggal SPT /


Hadiah dari Unit PFI

like it! menarik !!! ^^


dah 9 tahun 
berkhidmat di sini..
di Putrajaya WP

banyak kenangan terukir

bos2 dan officemates yang comey dan best!
environment office yang paling besh gila2!!
makan, makan, tabaoa, makan dan makan!!! ^^

 

terima kasih atas segalanya
semoga kalian berjaya & berbahagia hendakNya
di dunia & di akhirat
Amin ~

will miss uollss !


   

Selasa, 6 Mei 2014

/ Doa Putus Cinta - Kekecewaan T-T /


Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang , bercerai suami isteri dan seumpamanya , maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih, letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian baca ayat tersebut.

Setelah selesai membaca ayat ini gengam tapak tangan kemudian buat isyarat membuan. 

( SURAH AR-RA'AD AYAT 39 )



Petikan :

Buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit" dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab.

Karangan Tuan Haji Guru Dato' Haron Din

Pengasas dan Penasihat Darussyifa
Halaman 65

Dishare dari blog ini!
Terima kasih daun keladi..
nanti saya nak share lagi.. ^^

Isnin, 5 Mei 2014

/ Shawl Pin Chomel ! ^^ /

Shawl pin
Nama benda ni owang panggil
Trend pin terkini
Woot! Woot....! ^^

Comey2 blako!
Geram nengok!
Nampak cool je kan!?
RM 5 dapat 2 utas jarum pencucuk tu...
Ade yang jual Rm15 2 cucuk
macam sate plak! ahahah ^^

Memang berbaloi-baloi!!
Wat stok pe lagi
Leh bagi kat mak, kakak, adik, anak buah etc

Nape beriya!-iya??
Macamlah pakai tudung!
In Sha Allah.. ^^
Amin~



Canteek tak? Chanteekk kann!! ^^

Selasa, 29 April 2014

/ Salah Faham Tentang Kenduri Arwah /


Al-Fatihah ~ 
Buat ayoh mertuaku yang telah pergi menghadap Illahi pada 19 April 2014 (Sabtu) kerana sakit Advanced Pancreatic Canser.

Ya Allah..
Semoga roh ayohku ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.. Amin ~

~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ *

Salah Faham Tentang Kenduri Arwah. 

Setiap ada kematian, masyarakat kita tidak akan ketinggalan untuk mengadakan kenduri arwah bagi menghadiahkan bacaan tahlil kepada si mati.Upacara ini sudah semakin sebati dengan masyarakat kita sejak zaman berzaman dan ia sepatutnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Namun lahirnya golongan-golongan pelampau agama yang cuba menjadi jaguh telah sewenang-wenangnya membida'ahkan amalan kenduri arwah dan bertahlil sehinggakan menjadi kegusaran kepada sesetengah masyarakat yang kurang arif tentangnya.

Maka di sini perlu dijelaskan tentang kesalahfahaman masyarakat tentang beberapa hukum tentang mengadakan kenduri arwah.
Disunatkan bagi jiran tetangga menyediakan makanan untuk keluarga simati, pada siang dan malam kematian berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. tatkala sampai perkhabaran gugurnya Jaafar Bin Abi Thalib di dalam peperangan Muktah dengan katanya, "Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar kerana sesungguhnya mereka didatangi oleh perkara yang menyibukkan(musibah kematian)".


Dalam hadis yang dinyatakan di atas, beberapa hukum perlu diperhatikan dengan jelas agar tidak timbul kekeliruan kepada masyarakat kita.

1) Hadis Larangan.

Diriwayatkan daripada Jarit r.a., "Adalah kami para sahabat mengira bahawa berhimpun kepada keluarga si mati dan mereka itu (keluarga si mati) menyediakan jamuan, termasuk di dalam "Nihayah"(meratapi serta menyebut-nyebut kebaikan si mati)."
Sebab dikira mengadakan jamuan oleh keluarga si mati termasuk dalam "Nihayah" kerana ada unsur terlampau mengambil berat soal dukacita, sepertimana yang diterangkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam kitab Tuhfah.

2) Hadis Mengharuskannya.

Diriwayatkan daripada 'Asim Bin Kulaib daripada seorang lelaki (sahabat) dari kalangan kaum Ansar berkata,"Kami telah keluar bersama Rasulullah s.a.w. kepada satu jenazah.Kami mendengar Rasulullah s.a.w berpesan kepada penggali kubur dengan katanya, "Luaskan pada dua pihak kakinya dan pihak kepalanya". Tatkala sekembalinya Baginda, datang seorang pemanggil jemputan bagi pihak isteri si mati.Baginda menerima jemputan itu dan kami bersama-samanya.Kemudian dihidangkan makanan, lalu Rasulullah s.a.w. menjamahnya lalu merekapun makan.Kami melihat Rasulullah s.a.w. menyuap satu suapan ke mulutnya......"

Berdasarkan kepada kaedah feqah yang berbunyi."Menggunakan dua dalil (yang berlawan-lawanan) dengan cara menghimpun dan membuang percanggahan di antara keduanya terlebih utama daripada meninggalkan salah satu daripadanya".Maka di bawah ini, kita nyatakan hukum yang boleh dirumus yang diambil daripada kitab feqah.

1)Haram.

a) Jamuan diadakan untuk meratapi dan menyebut-nyebut kebaikan orang yang mati.
b) Perbelanjaan diambil daripada harta peninggalan si mati sedangkan si mati masih mempunyai hutang belum dibayar.
c) Perbelanjaan daripada harta si mati sedangkan pewarisnya adalah orang yang tidak dibenarkan oleh syara' untuk menguruskan harta si mati seperti kanak-kanak atau orang yang ditahan hartanya oleh pemerintah.
d) Perbelanjaan daripada harta si mati tanpa persetujuan daripada waris-warisnya atau tidak diketahui di mana mereka berada.

2) Makruh.

a) Jamuan diadakan untuk menghilangkan rasa sunyi dan dukacita disebabkan kematian.
b) Mengadakan jamuan tanpa apa-apa tujuan atau kerana kematian semata-mata mengikut kebiasaan sesuatu tempat pada hari-hari yang ditentukan.
c) Jamuan bagi orangramai yang datang mengucapkan "Takziah".

PERINGATAN!!! 

Jika terdapat di dalam kitab-kitab feqah Mazhab Syafie yang menyatakan bida'ah samada makruh atau haram menyediakan jamuan daripada pihak keluarga si mati, hendaklah disepadankan dengan apa yang dinyatakan di atas.

3) Harus.

Harus apabila keluarga si mati membuat jamuan kepada mereka yang datang bertahlil dan membaca Al-Quran untuk dihadiahkan kepada si mati pahalanya.Tujuannya adalah untuk menggalakkan orangramai datang serta membalas budi mereka kerana menolong si mati dengan doa serta mengahadiahkan bacaan-bacaan zikir dan tilawah Al-Quran kepada si mati.Ini tidak termasuk dalam perkara bida'ah yang menghukumkan makruh kerana tidak mengambil berat mengenai dukacita atau "Nihayah".


Ini berlainan dengan "Takziah" yang bererti menyabarkan keluarga si mati ketika menghadapi musibah.Jika keluarga si mati mengadakan jamuan bagi orangramai yang datang semata-mata untuk mengucapkan "Takziah", nescaya ianya termasuk 
di dalam mengambil berat soal dukacita kematian yang membawa kepada makruh.
 

Di dalam kitab Quratul 'Ain-Fatwa Ulama Haramain, Syeikh Husain Al-Maghribi, Mufti Mahzhab Maliki di Mekah telah ditanya, "Apa pendapat kamu tentang jamuan makan yang diadakan bagi pembaca-pembaca Al-Quran dan selain mereka di hari ke tujuh kematian?Tidaklah diniatkan oleh pembuatnya selain mendoakan rahmat bagi si mati dan menghubungkan silaturrahim.Sesetengah orang menegah melakukannya dan tidak harus memakan jamuan itu, sila berikan jawapanmu!"
Maka dijawab oleh Syeikh Husain Al-Maghribi, "Bila diadakan jamuan makanan itu untuk mendoakan rahmat bagi si mati dan menghubungkan silaturrahim, di mana ianya merangsangkan diri dan mendorong hati supaya segera berdoa untuk si mati serta memohon rahmat baginya, maka ia adalah satu perbuatan yang sangat baik.


Sesungguhnya segala amalan itu semata-mata bergantung kepada niat dan ini merupakan asal daripada segala asas yang dipegangi pada segala perkataan dan perbuatan.Tiadalah ianya bida'ah melainkan apabila dilakukan jamuan tersebut sebagai perkara agama dan syariat dan kerana ia menjadi hak si mati ke atas walinya".

Imam Ahmad Hambal telah meriwayatkan daripada Hasyim Bin Qasim daripada Ashja'ie daripada Sufian daripada Thawus (Imam Tabien yang besar) berkata,"Sesungguhnya orang yang mati dicuba dan diuji dengan soal kubur mereka selama tujuh hari.Adalah shabat-sahabat Nabi s.a.w. menyatakan sunat diadakan jamuan makan bagi pihak orang yang telah mati dengan dihadiahkan pahala jamuan itu kepada si mati pada tujuh hari tersebut".


Imam Suyuthi di dalam kitabnya Al-Hawi menyebut,"Bahawa sunat membuat jamuan selama tujuh hari selepas kematian itu, telah sampai kepadaku bahawa amalan ini berterusan hingga sekarang di Mekah dan Madinah.Jelasnya bahawa ia tidak pernah ditinggalkan sejak dari zaman sahabat hingga sekarang.Sesungguhnya penduduk Mekah dan Madinah yang terkemudian telah mengambil amalan tersebut daripada salaf hingga ke masa kurun yang pertama (zaman sahabat)"


Ibnu Juraij meriwayatkan daripada Haris Bin Abi Haris daripada 'Ubaid bin 'Amir berkata, "Diuji dua orang lelaki (dengan soal kubur), salah seorangnya mukmin dan seorang lagi munafiq.Adapun yang mukimin akan diuji selama tujuh hari, manakala yang munafiq selama 40 hari".
Tersebut juga dalam kitab Syarah Bukhari bagi Qasthallani dan kitab Umdatul-Qari, diriwayatkan daripada Thawus berkata,"Adalah sahabat-sahabat Nabi menyatakan sunat tidak meninggalkan si mati selama tujuh hari disebabkan mereka itu diuji dengan soal kubur dan dihisab di dalam kubur mereka selama tujuh hari".


Riwayat-riwayat di atas telah menjadi sandaran bagi amalan bertahlil selama tujuh hari dan amalan membaca Al-Quran serta berzikir dan doa untuk dihadiahkan kepada si mati.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang langsung tidak mengambil berat tentang hal orang-orang muslimin, tidaklah ia tergolong daripada mereka (yakni bukanlah ia muslimin yang sempurna).


Dengan penjelasan yang diberi ini di atas, adalah diharapkan orangramai tidak terpengaruh dengan golongan pelampau yang sering membida'ahkan amalan-amalan baik seperti mengadakan tahlil dan kenduri arwah.  


Dishare di sini.
Terima kasih ya! ^^ 

====================================================================== 
"Perlukah saya buat kenduri arwah? 

“Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?” tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta kerana sakit kronik.

Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.
Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.

Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)

Amalan membebankan keluarga si mati

Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda: “Persiapkan makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan). ” – Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.
Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah: 155-157) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

“Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam,” katanya yang dipetik dari laman web tersebut. Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah

Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.
Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:”Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya. “

“Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.
“Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.” ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk ‘Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama’ oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

“Dengan jelas mengatakan bahawa di antara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai di perkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.
“Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, ” kata Nik Aziz.

Kenyataan pahit dan mengejutkan

Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.
“Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah,” katanya

“Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian,” katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

“Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?” katanya membangkitkan persoalan. Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.
“Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya,” katanya.

Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadapi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa’ 4:59 :”Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Dishare di sini.
Terima kasih ya! ^^

Isnin, 28 April 2014

/ Snek terkini Oat and Wheat /

Sedap tul rasenye
Manis cukup rase
With white chocolate
Contains fiber
Brand CVmallow
Aku memang peminat oat
Breakfast xbermakna tanpa oat

Ade penjual tu bagitau
Snek ni sesuai untuk owang nak berdiet
Rase kenyang jew..
Makan dalam 3-4 pek kecil
Gerenti rase kenyang berpanjangan

Aku???
snek oat ni memang sedap
Makan 1 nak 1 lagi, nak lagi 1, lagi dan lagi
Mane istilah dietnye..??!! Hahaha! ^^
Jadi teringat-ingat plak

Itu aku, tekakku
Abg Izz pun sama
Klu bleh nak makan berkali2
Oppss... 1 hari 3 bungkus kecik suda arr..
"xleh makan banyak2, nanti cepat habis.. " terangku pada izz
Ishk.. kemut!! ^^

Beli dengan member 
1 pek besar ni RM15 ade 45 sachet
Kat supermarket blom dipasarkan lagi
Ade sumber2 bgtau
Ade jual kat pasartani di office gak
Ade yang jual pek kecil2 Rm2, Rm5
Yang penting.
Pastikan ade logo Halal!^^

Ade info kat sini
dan kat sini ^^




Selasa, 8 April 2014

/ Hadroh - Sholatun Bissalamil Mubin /



Lirik hadroh – Sholatun Bissalamil Mubin

Suke sangat hadrah ni... ^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sholatun bisalamil mubin…
linugthotit ta’yii ni ya ghoroomii (6X)

Nabiyyuna kaana ashlattak wiini….
min ngahdi kun fayakuunu yaa ghoroomii (2X)
back to *(2X)

Ayaman ja’ana khakkon nadhiiri…
mughiitsan musbilan subularoshaadi (2X)
back to *(2X)

Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah (4X)
Rosulullahiyaa dhowiil jabiini…
wayaamanja’abil khakkil mubiin (2X)
back to *(2X)

Sholatulam tazal tutlaa ngalaika…
kami’ thorin nasiim tuhdaa ilaika (2X)
back to * (2X)


Makna nya:

Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)
Engkaulah sebenar2nya pemberi peringatan pada masa mu
Wahai kekasih ku,
wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.

Lirik Bahasa Arab nya:



 






Di share di sini
Terima kasih ya! ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...