/ MY POOL 2.0 /


Isnin, 26 November 2012

/ Memanik Menarik!! Vol. 2 /

Lagi...
godek2 baju dalam almari
jumpe..!
rajin gak aku doklu2 jahit manik nih?!
musykil jap...

walaupun simple
hasil tangan dariku, jahit memanik
ini dah cukup puas & menarik bagi aku
diulangi.. yang 'Beginner' ini! 

Ada gak member2 yang bagitau
"Eh, canteklah! Jahit sendiri ke tempah?"
"Jahit sendiri.. "
"Rajinnye.. pandainye jahit."
"Cuba2 je untuk baju sendiri, xdelah nak amik upah jahit baju orang..
takut xcantik, xberkenan"
"Ala.. baru je nak suh upah jahitkan.."
Sowy.. no at home!! ^^


Tapi
sekarang,
nak pegang jarum pun dah x dan
Tapi masih ada lagi saki baki manik
Hmm..
bolehlah dapat dalam 2 pasang lengan baju

Tunggu la kau wahai si manik!
Akan tiba masa & waktu yang sesuai
Tunggu je la.. tunggu.. tunggu..


Chanteekk tak??? angkat bakul sendiri...
huhuhu^^

Rabu, 1 Ogos 2012

/ Kuih Keria Edisi yang TerULUNG /

n3 ini amat berkaitrapat dgn n3 sebelum ini iaitu...
 / Mencucuk & Menanam /

Sonoknye tak terkata! keledek hasil cucuk & tanamku, benih pemberian mak tu.. dah beranak-anak keledeknya! (Betul ke ayat aku nih?)

Sronok, sronok gak tapi kompius memikirkan ape yang aku leh masak dari hasil tanaman ini. Aku suka keledek tapi bukanlah feberet dan bukanlah makanan kegemaran my hubby. Kalu Izz, saya bleh training dia supaya suka makan keledek.. ^^

Hmm.. dalam kotak mindaku hanya ada 2 jenis kuih yang senang-lenang untuk dibuat iaitu :-

Kuih Cek Mek dan Kuih Keria

Hasil undian kata-kata hatiku adalah.. Kuih Keria !
Lepas ni nak try plak wat Kuih Cek Mek untuk Mek! ^^

Bahan-Bahan:
3 biji ubi keledek
Sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus
1 cawan tepung gandum
3 sudu gula dan air
 
Cara Membuat:
1. Rebus ubi keledek bersama garam & air hingga empuk
    (aku potong kecil2, cepat empuk!)
2. Toskan dan lenyek ubi keledek
3. Masukkan tepung sedikit2
4. Bulatkan dan goreng sehingga kekuningan
 
Sira Gula:
1. Masukkan gula & air dalam kuali dengan api perlahan
2. Kacau hingga gula larut & pekat 
3. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi 
4. Kacau hingga kuih keria bersalut dengan gula.
 
Siapp!!
 
Kronologi pembuatan Kuih Keria yang TerULUNG!!



 
gambar hasil paksaan dari mama Izz! ^^


/ Khasiat & Kelebihan Buah Kurma /

Saya suke buah kurma ini!


Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. 

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.

Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)


Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
h_dd27.jpg (32536 bytes)
Maksudnya :

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
"Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.

Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

/ Salam Ya Ramadhan /



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua..

Isnin, 16 Julai 2012

/ Mencucuk & Menanam? Vol. 2 /

Layan dan hijaukan permandangan mata anda...
Diharapkan pokok2ku ini panjang umur dan sihat2 selalu hendakNYA..
Amin~













*Sumber : Sekangkang kera belakang rumahku.

/ Mencucuk & Menanam? Vol. 1 /


Nape tajuk mencucuk? bukan bercucuk? Sebab saya ni bukanlah expert bercucuktanam ni, so, saya cuba mencucuk dan menanam.. kalau menjadi, ~alhamdulillah~

Setelah berpindah ke teratak yang baharu, ~syukur~
dan mendapat peruntukan tanah 'Sekangkang Kera'..



Al-Kisah Sekangkang Kera :-

Rabu, 13 Jun 2012

Hari ke-2 - Belajar buat blog!


Hari kedua - Belajar buat blog lagi! wee... yang penting, leh update blog dan lagi satu leh cukupkan kuota kursus! So, dapat leh add banyak blogawan2. i like... ^^

Selasa, 12 Jun 2012

Hari ni belajar buat Blog?



Hari ni tengah belajar 'Membuat Blog Dengan Google Blogger'. harap2 berasaplah kembali blogku ini. isshh macam dapurlah plak nak kene berasap2 ni. update please!! ok. akan di update! lamanya tak berblog ni. banyak cite tapi banyak keje. bz la konon.. tunggu.. : p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...