/ MY POOL 2.0 /


Isnin, 25 November 2013

/ Iris Areefa, adik Izz Vol. 2 /

Hmmmm.. dah bleh agak dah...
Iris pun kene chicken pox....!
Cedihnya... huawaaaa...

Ya Allah,
Sungguh besar dugaanMu padaku Ya Allah...
Tapi kuredha Ya Allah..
Kuatkanlah semangatku menjaga Iris, anak kecilku ini Ya Allah..
Sihatkanlah tubuh badannya & kuatkanlah semangat anakku Iris ini Ya Allah
Sesungguhnya, Kaulah yang Maha Penyembuh Segala Penyakit
Amin~

Selang seminggu Izz kembali sihat dari demam campak
Iris dijangkiti demam campak pula.. (macam ayat karangan la plak..!)

Aku perasan yang badan Iris dedar2
Nak tumbuh gigi ke Iris ni? Asyik nampak Iris gosok2 gusi dengan lidah dia

breastfeed pun kali ni Iris macam nak mengigit dengan gusi.

Biar betul? takkanlah 4 bulan baby dah tumbuh gigi??
Betul ade!!
Anak kakak aku! dah tumbuh gigi pada usianya 4 bulan!
Percayalah!!
Interview kakak,
menyatakan bahawa yang dia mengamalkan minuman susu Hi-Goat
sejak dari awal mengandung hingga baby dia sekarang dah 2 tahun.
Allah Maha Besar!

Berbalik dengan cite tadi
mungkinkah Iris nak tumbuh gigi kerana gatal gusinya itu dan badan dia dedar2?!
kejap panas, kejap surut
tanya kat hubbyku, suh dia pegang kepala & badan Iris, dia bagitau, ok je...

dan aku perasan ade ruam setitik dua kat bawah lehernya yang berlipat itew...
mungkinkah chicken pox??
xkot... ruam je nih
pasal xde udara lalu kat leher dia yang dah berlipat dengan dagu


Esoknya, balik dari kerja
pengasuh bagitau yang Iris macam demam je kak..
Hatiku berdebar2,
Sampai rumah, memang panas badannya Iris! trus tukarkan baju lubang2
periksa badan Iris, ade bintik2 kecil. nampak di pelipat peha belakang...
Ade! ade chicken pox yang berair tu juga.... huawaaaaa....
Comfirm yang Iris demam bukan nak tumbuh gigi
dan kompom ruam kat leher Iris itu adalah  
CHICKEN   POX !


Laju jemariku mendail no. hp hubbyku.
Ok, malam ni kita gi hospital..

Jumpe doc
Aku : baby kecil macam anak saya ni biasa ke doc dapat chiken pox ni?
Doc : biasa, common, memang ade baby kene sakit ni. tapi kene jaga rapi
Aku : macamne doc?
Doc : jangan bagi baby garu, klu x nanti masuk bakteria jadi nanah pula, pakai mitten, sapu calamine, klu demam, bagi ubat demam
Aku  : ok, doc , tapi cuti saya dah nak habis ni, macamne ye?
Doc : Xpe saya bagi surat bagitau yang baby ni kene kuarantin. sekurang2nya 7 hari.
Aku  : Ok. Tq doc..

Dan sesi menjaga Iris pula..

Alhamdulillah...
Cuti aku xterusik yang tinggal 3 hari tu.
Kira aku entitle dapat cuti kuarantin.
Tapi mesti dalam surat tu doc tulis perkataan kuarantin cc bagitau.
dengan penuh sabar aku menjaga Iris bagai menatang minyak yang penuh
bersama kerjasama dari Abg Izz selepas pulang dari tabika

Cian Iris.. Iris Kuat! Chaiyookkk!















Iris asyik berdukung!
Dah xleh tinggalkan sekejap2,
menjerit2 kecik! klu lambat, jadik jerit besar!

klu Abg Izz demam ni pun merengek bagitau yang badan dia gatal2
Inikan pula Iris yang belum pandai berkata-kata
hanya melalui tangisan sahaja
dapat menggambarkan yang 1 badannya xselesa
Cian Iris...

nak cari daun bambu pun xtercari2
hati-hati, cc bagitau kadang2 pokok tu orang wat sembah2
pulak dah... trus malas xcari
cari air kelapa je,
kuminum dengan harapan melalui breastfeed
air kelapa itu akan disalurkan jua penawarnya kepada Iris.

Dah 7 hari, tapi..
parut chicken pox Iris belum kering kat area pakai pamper
(sekali dengan xde mood nak gi keje time2 nak raya korban nih!)
gigih gi hospital minta sambung kuarantin
Alhamdulillah, dapat!!
dapat lagi 5 hari cuti kuarantin
dapat pakej cuti Hari Raya Aidiladha sekali!

Doc bagitau jangan bawa gi taska lagi, parut belum kering
takut nanti bleh berjangkit dengan baby lain
appoinment Iris 4 bulan pun dipostponekan
dengan alasan yang sama, cian kat baby2 yang lain,
betul!


Ya Allah,
Kau sembuhkan sakit chicken pox anakku Iris ini
Kuatkanlah badannya
Jauhkanlah dan hindarilah dia dari penyakit2 yang bahaya
Kuhanya menrancang dan Kaulah yang menentukan..
Amin~






Jumaat, 22 November 2013

/ Ikea Christmas Dish - Ayam Belanda? / Nyyummehh!

Every weekend
InsyaAllah.. ke area Damansara nun
klu malam masih muda lagi trus gi Segambut
nyinggah rumah Mak
klu xsempat shopping sakan window shopping je
sampai kedai pun dah tutup
trus balik
tapi selepas supper...

Kali ni trus balik rumah daa...
terlebey kenyang suda... erkkk! Alhamdulillah (excuse me!..)
Minggu lepas
jejalan Ikano
singgah dinner kat Ikea Restaurant
Macam menarik je & telah tertarik je dengan menu Christmas Dish nye..   
Sedappp!!


Turkey Shank

with mashed potato and broccoli
RM19.90
Valid from 7 Nov - 25 Dec 2013


Isnin, 18 November 2013

/ dari Dapurku Vol. 3.5 - Sesi Luahan Rasa! ^^/

( Sesi luahan perasaan dari Dapurku.. )

Yang sebenar-benarnya..
(dengarlah nih, pengakuan jujur, ikhlas, rase rendah diri dariku)
aku lupa dah pandai masak..?! betul.. aku boleh! tapi itu dulu..
untuk kuantiti besar dlm 7- 9 orang. guna priok & kuali besar lagi tuh!
sedap? xdelah sesedap chef! bolehlah untuk tekak keluarga sendiri..
tapi sume rase makanan tu diedit oleh mak,
perlahan2 aku belajar..
lama kelamaan aku dah jadi saus chef!  eheheheh! angkat bakul sendrik lagi!
masak gulai ayam, kari ayam, ayam masak merah, paprik
ikan asam pedas, tomyam campur, sayur gulai pucuk ubi, gulai jering, tempoyak, petai sambal, sambal kerdas (haa.. ko!)
sup tulang, sup ayam, sup sayur,
ikan bawal masak stim, 3rase, masak lauk kampung, bla..bla..bla.. etc.
Percaya x?? suka2 hati uoll lah!

Al-kisah.. xlama dulu,
aku telah diamanahkan oleh ibuku
untuk memikul tanggungjawab 'memasak' ( jadi tukang masak kat rumah).
Yelah, kakak 2 orang dah kawen.
2 orang adik lelaki tengah sekolah & sorang adik pompuan tapi kecik lagi.
so, akulah kene buat sume! mengemas, memasak,
membasuh baju (picit sius washing machine jek)!
menyidai, menyapu, sume yang keje guna 'me', aku gak kene wat..

ni sume menganggur punya pasai! xpasai2 aku kene sume!
dulu jiwa memberontak, remajalah katakan..
dapat cuti rehat time aku PMS je.. 1hari
time tu jela aku dapat upah
dapat upah rasa masakan mak
sedapnya!!....... ^^

dan baru kutahu...
ape yang emakku suruh buat sume tu adalah sebagai asas & praktikal bagiku. amat berguna sekarang sebagai menjawat jawatan mama & isteri.

Terima Kasih Mak!!
terima kasih atas jasamu yang xterbalas oleh anakmu yang kerdil ini
(memang kenit poonn...) : )

Tapi kini, klu nak masak je dah jadi kekok, bleh x gitu?
dah lama xmasak bebanyak lagi.. (ke dah malas???)
nak masak pun kene tengok resepi kat mizz hpku
family pun kecik, 2 1/2 mulut jek..

tapi klu raya tiba
teringin nak masak memacam
en hubby pandang sebelah mata
reti ke?? 

encik hubby pun diet sempoi seleranya..
xreti makan makanan kampung..
Abg Izz? mama slow2 ajar makan sume
saya?? batu & kayu je tolak, lain sume telan!!! ^^

Khamis, 14 November 2013

/ Mencucuk & Menanam? Vol. 3 /

Dah naik semak kutengok!
sekangkang kera kebunku nih
lalang2, pokok2 tumpang
pun dah naik sama tinggi dengan pokok yang aku tanam

masa pregnant & waktu berpantang
xtersentuh sekangkang kera kebunku
malas ade, xlarat pun ade..

lepas pantang
balik semula ke rumah??


MasyaAllah..!

dan menjalar2 daun pokok keledek
yang naik atas pagarnya..
yang menjalar sampai terjuntai2 kat tangga
mak aiii...
nak kene trim sume pokok2 nih

Apa lagi panggil pembantu setiaku

Abg Izz...
Jom tolong mama potong pokok2!
gunting, plastik beg hitam, penyodok, baja tahi kambing, watering scan
Siaapppp!!
Ops cantas pun bermula...


Sedikit Kronologi pokok  daun pandan dan hasil tanamanku..


Asal masak nasik je 
aku letak daun pandan eheheh..
xkira la nasik putih ke, nasi ayam, nasi etc, bubuh! ^^


pokok daun pandan sebelum tumbuh membesar 1 tahun 4 bulan yang lepas



gambar kiri - pokok daun pandan yang tumbuh tegak berjaya dengan Izin dariNya gambar kanan -  hasil ubi keledek lagi! Alhamdulillah ~


Al-Fatihah!
Pokok betik ni telah gugur di perbatasan kebun kecilku
sob...sob... sob..
diserang penyakit Mati Rosot Betik (macam kompom je kene penyakit ni!)

dalam kenangan

Aku nak tau jugak kenapa?!
kenapa pokok betikku yang kian membesar
dan naik tinggi sama paras dengan ketinggian aku ini 
tetiba..
aku tengok daun2 & pucuk betik di sebelah atasnya 
macam kene penyakit, daunnya macam busuk dan berlendir
tapi xberbaulah..
makin hari daunnya makin layu
sampai lebam kehitaman batang pokok

sedihnya aku tengok..
makin hari serangan ke atas batang pokok betikku
semakin parah..
akhirnya... mati.. (innalillah...) : (
xde rezeki nak merasa hasil betik tanam sendiri

Setelah digoogle
Penyakit Mati Rosot Betik?
aku tengok & baca maklumat yang disalurkan kat sini
memang sama sume simptom2 yang dinyatakan
tu yang macam kompom je kene penyakit ni
macam dasyat je...
trus aku kuarantinkan tanah bekas pokok betik tu
aku malas kosongkan sampai sekarang xtanam ape2 lagi

selang beberapa bulan..
aku mengintai jenguk
pokok betik jiran belakang rumah
eh, samalah!
kene gak penyakit seperti pokok betikku
makin layu dan lama-kelamaan mati...
Kita serupa... ehehehe

Tapi kali ni
pokok betik jiranku dah berbuah ranum
terbeliak mataku eheheh
usaha tangga kejayaan

Aku?
asyik tertangguh2 nak tanam pokok betik baru..
tunggu!! ^^

Rabu, 13 November 2013

/ Memanik Menarik!! Vol. 1 /

Hobi ni dah berkubur tapi blom ada pusara lagi..
mungkin dia akan bangun balik.. eee... takotnya... ^^
ikut mood
dan kalu kesuntukan mase buat gak  ade masa blehlah gatal-gatal tangan buat...

Sehubungan itu, (ayat skema)
saya ade sertakan foto-foto hasil tangan memanik saya
yang tak seberapa ni untuk dikongsi bersama
Walaupun SIMPLE,
tapi ini dah cukup menarik bagiku yang 'Beginner' ini!


sebelum
selepas
selepas lepas baju ni.. 


selepas kemalasan melanda

amacam?
kreatif la jugakkan hasil jemariku ini (angkat bakul sendrik)^^
akan bersambung...
klu saya ade masa (sopan gitu!)
saya akan kongsi dan sharekan
cara jahit manik yang simple tapi menarik
(confident! menarik ke jahit manik aku nih?)

InsyaAllah~

/ Breastfeed? Alhamdulillah.. Vol. 1/

 / Breastfeed? Alhamdulillah... Vol. 1 /

Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah!
Aku berjaya breastfeed baby ke-2 ku..
Iris. Kini 5 1/2 bulan
sebab sebelum ni Izz hanya dapat minum susuku xsampai 5 bulan.

Dulu,
xde kesedaran untuk breastfeed ni,
cukup 2bulan nak masuk keje dah kene ajar minum susu botol,
cari susu fomula, senang, nanti xyah nak melekat je kat kita
dah xsusah nak tinggal2kan anak,
itu dulu..

sekarang baruku tahu
betapa nikmat & berkatnya
menyusukan anak sepenuhnya

Petua nak perbanyakkan susu.
Hasil daripada blogwalking..
time breastpump tu, ringan2kan mulut berdoa..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... 
Permudahkanlah segala urusan kehidupanku
Banyakkanlah susuku untuk anakku
Permudahkanlah perjalananku 
untuk menyusukan anakku
agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan
Seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini 
Penuhilah dengan rahmat-Mu dan keberkatan di sisi-Mu
Semoga dengan keberkatan-Mu
Susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...
dan sihatkanlah anakku
Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin...
 
(klu nak tambah2 doa dgn ayat2 lain pun bleh,
ikut kreativiti anda (suka suka hati u lah!chef ammar)^^

Setakat ni, alhamdulillah, x ambil ape2 supplement. Cuma pilih & amalkan pemakanan yang dapat memproducekan susu yang melimpah ruah hingga ke ladang gandum! ^^
Antaranya saya selalu minum & makan:-

1. Susu + Oat ★★★★★
2. Kurma ★★★★★
3. Nasi ♥ ★★★★★
4. Sayuran pucuk manis, pegaga ★★★
5. Etc  ★★★

Yang penting jangan skip makan, klu skip mau mengigil badan woo..

The Conclusion : -
InsyaAllah,
akan cuba sebaik mungkin
untuk breastfeed Iris hingga Iris 2 tahun hendakNya.. Amin~
All d best 4 me! Chaiyokkk! ^^

Isnin, 11 November 2013

/ dari Dapurku Vol. 3 - Mixed Vege & Sausage Bun /

 Mixed Vege & Sausage BunSausage Bun

Ini kali pulak
godek2 resepi dalam hp yang aku download kat playstore
teringin plak nak wat Sausage Bun nih
Selalu, hanya tau beli & makan je kat kedai roti
dan sekarang, aku xnak tau ngappp je
aku bleyy!! bleh wat sendrik!
Tapi, kene rajin je.. ^^
macam menarik je tengok gambar Sausage Bun nih
macam comel je... macam cantik je.. macam comel je! ^^ eheheh

Buka frezzer
fewww... naik bulu tengkuk jap
yelah... sejukk!!!
ok, ade hotdog, kekacang 3 sekawan (suka2 hati i la bagi nickname)
ala... yang sayur frozen bercampur, yang ade carrot + peas + jagung tu...
mayo, sos cili, thousand island cheese... ok!
Cukup syarat!

Line clear??

Jenguk Iris, hmmm... Iris baru je lepas menyusu, lena!
kira dalam 1/2 jam mungkin bleh dapat dalam tangan, Iris akan tido
klu Izz xwat bising, sume kerja xleh wat!!

Ini bahan2nya. Gambar atas base roti. Gambar bawah bahan hiasan saya kukus sekejap.

Wokeh!
Mama : Ari ni mama rase macam nak wat roti yang ade hotdog tu la..
Izz : Ye ke mama? yang gambar dalam hp mama tu eh? Yey!!
Mama : A'ah.. nanti Abg Izz tolong mama yeh?
Abg Izz : OK!


Abg Izz yang kegirangan
memang bleh tolong
tapi bile@klu Iris dah bangun
Abg Izz yang kene tolong tengokkan Iris
Mama yang berkungfu sorang2 kat dapo.. ^^

Gambar 1 - Sausage Bun sebelum ditopping.  Gambar 2 - Sausage Bun setelah ditopping dengan tamaknya!

Gambar 1 - Sausage Bun dibakar. Gambar 2 - Roti naik setelah dibakar. Gambar 3 - Siap dibungkus






Bahan2 untuk doh:
Aku copy & paste kat cinta-wanhazisya.blogspot.com

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

(D) Filling
Red bean filling (beli yg readymade ajer)

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly. (REFER TO THE PICTURE)
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.

Kesimpulannya:-
InsyaAllah.. akan cuba lagi & lagi nak wat roti lain gak!
Kepuasan dihati menjelma, untuk menambah ilmu memasak roti di dada

cuma waktu dan kerajinan yang diperlukan!!
all d best 4 me!

Chaiyokkk! ^^

Khamis, 7 November 2013

/ Izz Demam Chicken Pox! /

1 1/2 bulan lepas..
Cian Izz kene demam chicken pox..

2-3 hari Izz demam panas
musykil aku, xde plak Izz minum ais,
demam pasal tonsil bengkak ke?
hmmm...
habis 1 botol Paracetamol budak kuberi untuk 2 hari kat Izz

Balik keje
Izz tunjuk kat hidungnya macam ade jerawat
aku telek, betul! macam jerawat kecil!
aku telek lagi kat tempat lain, xde
pusing badan Izz, Ya Allah, dah berbintik2 belakang badan Izz
naik campak yang ade air tu..























Esoknya

hari ke-3 demam dah surut sket,
bawak Izz gi klinik kat tempat kerja
dapat time slip & Izz dapat mc sekolah tabika

Maklum kat Cikgu Jue. Noted!
Maklum kat Kak Maini Transit. Noted!
Maklum kat bos. Noted!

Sesi menjaga Izz..
Sapu calamine losyen..
Jaga makan, jangan yang gatal2,
Avoid telor, ayam, kicap (owg kata tinggalkan parut) etc
So, makan ikan je, xlauk ikan?
makan gak ayam sket... eheheh!


Tapi mandi mesti 2x
Sapu calamine xtinggal
Minum air kelapa 3-4 kali
Kuarantin tempat tido
Izz tido dengan papa
Mama tido dengan Iris
Alhamdulillah...
10 hari chicken pox Izz dah kering..

Hati tetap berdoa..
Ya Allah jauhkanlah penyakit ini dari babyku Iris baru 4 1/2 bulan..
Amin~

Masuk tabika & transit
sume tanya, Izz kene chicken pox ke? xnampak parut chicken pox pun??

Tanya gak doktor,
anak saya ni doc, chicken pox dia xkeluar banyak, kat belakang badan je banyak, yang lain sket2 je, dah minum air kelapa sume,
ade orang kata klu xkeluar banyak, berkemungkinan bleh kene chicken pox 2x,
betul ke doc?

Doc tu bagitau
Kire dia ok lah, ketahanan badan dia kuat!
Itu je doc maklumkan

Aku?
menjawap dengan ooo yang panjang bersambung dengan ok.
Harap2 begitulah hendakNYA.. usahlah dapat chicken pox kali ke-2!
Tq doc..
Amin~




Rabu, 6 November 2013

/ dari Dapurku Vol. 2 /

Ini kali
try, test nak bikin pizza simple sendiri lagi

Al-Kisah...
abangku pernah kerja bawak lori
yang mengangkut bahan-bahan mentah untuk buat pizza untuk kedai pizza hut,  xsilap aku, klu silap, silaplah aku ehehe!
ade tepung pizza, bahan-bahan sos seperti mayo, pickel dan macam2 lagi lah
aku pun dah xberapa nak ingat

dengan bahan2 itu aku try test wat pizza sendiri
jadik!!! itu dulu 8 tahun lepas
siap wat banyak untuk menu harijadi
sampai pakcik aku xpercaya aku wat sendrik
biasa beli je, yelah... mana reti nak wat zaman tu, semua pulun, licin!
kembang kempis gak la hidung aku dipuji pizza yang sedap time tuh
Tammat...

Pizza Simpleku

So,
Langkah Pertama
nak wat pizza, kene wat base dulu
resepi ni aku download guna AppStore Androidku

Bahan2 untuk Topping

Daging Kisar
Sos spagetti
2 ulas bawang putih (dadu kecil) aku suke letak berulas2!
1 biji bawang tomyam (dadu)
1 1/2 sudu cili
Sosej dipotong serong 

Bahan2 Untuk Doh
3 cawan kecil tepung
1/2 paket yis
1 sudu margerin dicairkan
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 cawan air suam


Cara wat Inti (Topping)
Tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi
Masukkan cili hingga sedikit garing
Masukkan daging kisar
Masukkan Sos spagetti bila daging suda masak
Masukkan sosej
Tambahlah pe2 serbuk lada hitam ke, ikut suka2 hati u lah
Masak hingga pekat & ketepikan

Cara wat Doh:
Gaul rata bahan untuk doh hingga lembut
Alaskan doh dengan sedikit minyak
Tutup dengan kain lembap biarkan naik 2x ganda
Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin
Ulang 2-3x klu nak doh yang kembang & selembut sutera ehehehe..

Bulatkan adunan dan leperkan mengikut saiz yang anda mahu

Cara Hias Pizza:
Sapukan dengan inti (topping)
tabur dan hiaskan pizza anda dengan bahan2 lain yang anda suka
letak bawang hiris, cheese, cili merah potong, sos cili, thousand island, mayo etc.
Bakar dalam oven. agak dalam 10-15 minit.
Siap untuk  dingaaapp !!

Ini dia n3 pasal Makan & Makanan Vol. 2
Makanan yang 'Saya Masak Sendiri'
Air tanganku.. dari Dapurku untuk family Kecilku.
tada.... ^^


Pizza Simple!

Macam biasa,
Abg Izz menjadi model paksa rela dariku... eheheh!

Bissmillahirrahmannirrahim~


Jumaat, 1 November 2013

/ Iris, adik Abg Izz Vol. 1 /

Alhamdulillah ~
Tanggal 21 May 2013
beza tarikh 1 hari je tarikh lahir dengan abang Izz,
lahirlah baby gurl yang chomey! ^^

 




















 
Iris Areefa nama diberi
lahir betul2 pada due date
x lebih, x kurang, Allah Maha Berkuasa

sehari sebelum kelahiran
dah xterkira tawaf wida' dalam wad bersalin
siap main pas2 baton dengan mummy2 yang wat tawaf sekali
bukaan lambat...
selang beberapa jam, ade je mummy yang bertawaf sama dah naik wheelchair..
aku??
keesokan harinya
menunggu.. dan terus menunggu
hati berdebar2 (yelah... jarak 6tahun tu macam 1st baby plak rasenya!)
ditemani suami & Abg Izz yang setia menunggu
(Abg Izz sampai tertido kat ruang menunggu labour room)
dari petang hingga malam
Akhirnya tanpa induce. Yey!! xyah induce doc bagitau!
kul 10.49 malam... Iris melihat dunia,
Alhamdulillah...

20 May 2013
Abang Izz sambut birthday
tarikh aku kene admit hospital ppukm
Tapi cian dia.. sambut kat hospital
kat ruang makan & tempat tengok tv wad bersalin








































Mama  : Nanti kita sambut besday Abg Izz lagi ramai2 kat rumah atok yeh..
(ayat memujuk kerana hanya kek je yang en. hubby sempat beli)

Abg Izz: Nanti mama ajak kak farisya, kak zannah & umairah tau!

Mama: Ok, nanti mama ajak skali kak tasya, abg akil sume skali. Ari ni Abg Izz sambut besday dengan mama, papa dengan adik Abg Izz dalam perut mama yeh..

Abg Izz: Ok, xpe mama. Sayang mama!

Sejuk hatiku..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...