/ MY POOL 2.0 /


Rabu, 11 Disember 2013

/ Penang, HERE WE COME ! /

Cuti-cuti malaysia versi budget 2011 ni dah terperam lama jadi Draft.
So, baru sekarang nak di publishkan n3 ni.
Ade macam berabuk tak?? eheheh^^

Gi Penang?
Ade ape kat Pulau Pinang itu?
Ape beshnya? Cecite2!
Jawapannya:-
Sukahati kitaowg arr nk gi mane kan! 
Tugas korang hanya dijemput untuk 'membaca'.. ehehheh! ^^

..sesi men'surf & survey' pelbagai tempat makan, rekreaksi & shopping
yang menarik di internet giat dijalankan.
siap print google maps tuh! (pasal xde gps).
langkah berjaga-jaga!
last2 minute baru tanya member owang Penang..
adelah dapat tambahan info2 yang menarik kat sane..

k, sekarang bermulalah kisah 'perjalanan & percutian kami di PENANG!'

27/03/2011 ( Ahad )
bertolak pagi dari kl,
breakfast berat terus! makan nasi ayam Mash kat Keramat.
sebenarnya dekat kul 10 pagi baru nak terhegeh2 cari santapan
nasi lemak & roti canai dah abeshh! kenyang suda..

Jambatan Pulau Pinang


















lebih kurang 4 jam 1/2 sampai penang.
Segar mata memandang kiri dan kanan
ketika melalui jambatan Pulau Pinang...
Hampir 10 tahun rasenya tak datang Penang nih..
trus lapar menerpa perut kitorang bertiga!  (Iris blom wujud lagi) ^^
So, dalam checklist jalan-jalan cari makanku,
kitaorang pun pilih 'Nasi Kandar Line Clear'.
Pusinglah satu bandar Georgetown.
Akhirnya... jumpe!
hmm... oklah pendapat aku, bagi 3 1/2 bintang.. 


Nasi Kandar Line Clear
























so.. perut dah buncit kenyang,
trus menuju ke Batu Feringgi
dan pengakhiran destinasi kitaorang.. di Teluk Bahang.
Check-in di Sportfishing Chalet.
Chalet yang leh bagi 2 bintang pasal dok situ hanya misi untuk tido je
bersesuaian dengan harganya 


Kaunter Check-in







Pandangan Hadapan


































Malam trus jalan2 di Batu Feringgi
Window shopping je dulu
Dah macam Petaling Street pun ade gak rupanya..
Macam2 barang ade dijual..

28/03/2011 ( Isnin )
Bangun awal
Sarapan di gerai berhampiran chalet..
roti telur! Siap!! Kenyang.
Trus menuju ke pantai.
Hmmm... kelihatan pantai yang so-so,
ombak pantai yang besar, tanah tak berapa landai. Macam takut je nak mandi! rupanya memang hampir keseluruhan pantai di sekitar macam gitu.
Obor-obor??
 
Pantai Teluk Bahang



















Lunch plak di Medan Selera bersebelahan dengan Float Mosque.
Ramai, harga makanan pun sangat berpatutan
dan lauk pun sangat banyak. Kenyang suda! Erkkk!! Alhamdulillah..
Trus menuju ke Toy Museum bersebelahan dengan Hotel Copthorne
masuk Malaysia Book Of Records sebagai toy museum pertama di M'sia
RM10 Adult & RM6 Child.
Tempat macam 'horor' je tapi menarik.
Letih tapi seronot! ^^

Toy Museum






Macam2 Ada!










Batman 4 Eva!




Izz Favorite Superhero!






































Menerjah pula ke Hard Rock Hotel!
Memang sangat mengujakan!! Pusing2 jap..

Wajib bergambar kat artifak nih!





















Garden yang chanteek menghadap laut!





Cuaca petang yang amat panaszzzz!!
Tapau popiah basah di depan pasar borong Teluk Bahang
untuk alas perut sementara menunggu makan malam nanti.
Te..ta..pi,
gerai2 di sepanjang jalan Teluk Bahang
seakan memanggil-manggil kami datang untuk singgah makan.
Geram tengok! Cam ala2 kat kampung gitu gerainya.. trus singgah!!
Ada 1 mangkuk besar penuh cendol kacang RM1.70 yang banyak!
Laksa penang RM2 yang memang sedap! cukup rase! tak tipu! 
Apam balik nipis 50 sen yang tebal dan rangup.
Conclusion, sedap dan murah pulak tuh!
Trus kenyang sampai ke awal malam.

Hujan dari senja hingga ke malam. Tak reda2.
Tak patahkan semangat kitaorang nak jejalan ke pasar malam kat Batu Feringgi. Singgah makan malam dulu kat kedai makan berhampiran
Sesampai Batu Feringgi, kedai tak banyak yang bukak daa..
Apa pun, motif utama kitaorang adalah..
membeli dvd yang harganya.. teramatlah murahnya! ahahah..
3 keping RM10! Percaya tak? quality baguih dok ada punya!
Borong trus! termasuk Misty Island - Thomas & Friend untuk Izz ^^..

Cuci2 mata  je kat sini ^^

















29/03/2011 ( Selasa )
Sarapan. Berkemas & check-out.
Membeli sedikit ole-ole.
Kerepek dan makanan tradisional melayu kat Teluk Bahang ni. Fresh! Rangup!
Trus menuju ke Georgetown.
Rancang nak lunch di Restoran Nasi Kandar Beratur.
tapi malangnya hari Selasa tutup daa..
pusing2 jumpe Nasi Kandar Pelita.
Tapi kurang sedap rasenya
berbanding dengan Nasi Kandar Pelita kat Jalan Ampang, KLCC.
Encik Hubby begitu frustrated! huhu.
(psstt! dia adalah peminat nasi kandar yang sedap sahaja!)
Kenyang! Meneruskan perjalanan pulang..

K.L. !!
Here We Come Back!! ^^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...