Wanginya bak Kasturi..
nama roll-on perfume ni
Misk Abiyad (White Musk a.k.a Kasthuri)
Free From Alcohol
Ole2 dari mak & ayah
memang aku suke baunya..
nampak macam murah je..
tapi mak aiii!!
boleh tahan
tersohor gak nama syarikat minyak wangi nih!
Google2 kat search engine
info minyak wangi ni kat sini dan kat sini
Dasyat gak..
Kelass gitew websitenya..
Qurbanperfumes namanya
established all over Europe, Middle East and Africa tuh..!!
tapi mak & ayah beli roll-on je la.. ^^
mereka telah membeli beberapa kotak
untuk diagihkan sebagai buah tangan a.k.a ole2
kepada anak & cucu, sanak saudara
sahabat handai dan jiran tetangga...
Dapat info pasal minyak wangi Kasturi ni kat sini.
Terima kasih ya.. mohon share! ^^
1.Memberi kekuatan kepada roh.
nama roll-on perfume ni
Misk Abiyad (White Musk a.k.a Kasthuri)
Free From Alcohol
Ole2 dari mak & ayah
memang aku suke baunya..
nampak macam murah je..
tapi mak aiii!!
boleh tahan
tersohor gak nama syarikat minyak wangi nih!
Google2 kat search engine
info minyak wangi ni kat sini dan kat sini
Dasyat gak..
Kelass gitew websitenya..
Qurbanperfumes namanya
established all over Europe, Middle East and Africa tuh..!!
tapi mak & ayah beli roll-on je la.. ^^
mereka telah membeli beberapa kotak
untuk diagihkan sebagai buah tangan a.k.a ole2
kepada anak & cucu, sanak saudara
sahabat handai dan jiran tetangga...
Dapat info pasal minyak wangi Kasturi ni kat sini.
Terima kasih ya.. mohon share! ^^
Minyak Wangi Kasturi
Di antara minyak
wangi yang paling disukai oleh orang Islam ialah minyak wangi kasturi,
dan ia juga biasa digunakan sebagai perisai untuk mempertahankan diri daripada
gangguan makhluk-makhluk halus selain daripada untuk menikmati kewangiannya.
Allah menyebut wangian
kasturi ini dalam kitab suci al-Quran. Dalam Surah Al-Mutaffifin Allah
berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti [dengan taat dan amal
kebajikan], tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berihat di atas
pelamin-pelamin [yang berhias], sambil melihat [segala keindahan dan kemuliaan
yang disediakan untuk mereka di situ]. Engkau dapat melihat pada muka
mereka:cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu
minuman yang termeterai bekasnya. Meterainya kasturi;- dan untuk [nikmat
kesenangan] itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang merebut kelebihan dan
kesenangan”. Al-Mtaffifin:22-26.
Baginda Rasulullah
S.A.W. juga menggemari minyak wangi kasturi.
Sabda Rasulullah
S.A.W. “Sebagus-bagus wangian ialah minyak
kasturi”.
(Hadis riwayat Muslim)
Biasanya wangian kasturi ini diperolehi
daripada sejenis musang jebat yang dipanggil musang kasturi
[rase].
Selain itu ada sejenis pokok yang batangnya
berbau wangi, iaitu kuay kasturi.
Khasiat Minyak Kasturi
Minyak kasturi memang mempunyai banyak guna. Ini adalah
hasil kajian yang dijalankan oleh ilmuan-ilmuan Islam, terutama Imam Ibnu
Qayyim Al-Jauziyya r.a. Antara khasiatnya mengikut MUTIARA HIJRAH ialah:
1.Memberi kekuatan kepada roh.
2.Menenangkan jiwa [hati].
3.Mencerdaskan
akal dan menyihatkan otak.
4.Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
5.Menghilangkan
debaran jantung.
6.Menghilangkan sesak nafas.
7.Melegakan
lelah [asma].
8.Menyedarkan orang yang pengsan.
9.Memperkuatkan
organ [anggota] luaran.
10.Memperkuatkan organ dalam tubuh.
11.Menghilangkan
kegementaran tubuh.
12.Menghilangkan sejuk tubuh.
13.Membuang
angin yang berlebihan dalam tubuh.
14.Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.
15.Menghilangkan
kesakitan sewaktu kencing.
16.Menjernihkan mata putih pada mata.
17.Berfungsi
memelihara kesihatan secara menyeluruh.
18.Menghindarkan wabak penyakit.
19.Dapat
melanjutkan usia.
20.Meredhakan Allah, disukai para malaikat dan orang2 soleh,
sebaliknya
dapat mengusir syaitan dan kuncu-kuncunya.
(sesungguhnya segala ilmu & rahsia itu milik Allah)
Sedikit Info 4 sharing..
(sesungguhnya segala ilmu & rahsia itu milik Allah)
Sedikit Info 4 sharing..
Wangian lelaki
Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak
wangi, bedak dansebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para
rasul:
1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3.
bersiwak 4. bernikah (Hadis daif-
Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku
daripada dunia
1. Wanita yang
halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.”
(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Wangian lelaki disunatkan
yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: wangian lelaki
apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata
warnanya.
(hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad- hasan)
Wangian wanita
Di luar rumah atau bersama orang yang bukan
mahram hendaklah wanita memakai wangian yang
baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang
lepas.
Dilarang sama sekali memakai minyak wangi
sehingga dihidu oleh lelaki yang bukan mahram. Nabi
s.a.w bersabda:
Maksudnya: Mana-mana wanita
yang memakai wangi-wangian dan lalu pada
sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu
menghidu bau wanginya maka wanita tadi
medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan.
Bukanlah wanita itu
dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang
adalah yang sehingga dihidu oleh orang sekilingnya.
Janganlah wanita itu
meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada
sekitarnya.
Wangian Rasulullah
Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi
dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia
ini.
Anas r.a menceritakan :
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian
anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.”
(Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda
tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah
(Hadis riwayat Abu Daud – sanad hasan).
Makruh menolak pemberian wangian
Jika seseorang diberi wangian seperti minyak
wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya.
Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR
Bukhari).
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak
wangi janganlah dia menolak.” (Hadis
riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan