/ MY POOL 2.0 /


Rabu, 21 Oktober 2009

~:: Yey! Balik kampung ke Golden Sand... ::~

17/10/2009 (Sabtu)
11.00 pagi - Drive dari K.L menuju ke Pasir Mas, Klate... operasi singgah menyinggah kerap dijalankan. Almaklumlah... mertua ikut sekali. 5 org 1 kereta termasuk Izz.
9.30 malam - Sampai di Pasir Mas menuju ke rumah Moksu Dah. Bermalam di sana. Sempat menjamu kuih raya yang sedap2! Tido dalam kelambu.. Izz sangat seronok!





18/10/2009 (Ahad)
7.45 pagi - Sarapan Nasi Berlauk, Nasi Kerabu & Pulut Pagi. Moksu Dah belikan di tepi simpang. Lauk dan nasinya banyak & sedap!! Terus menuju ke rumah Kak Yah.
1.10 tengahari - Ke Majlis Perkahwinan anak Paksu Roni. Tumbang lembu. Masak kurma + Kari. Fresh & sedap! Berselera Izz makan..
2.00 petang - Ke Pekan Pasir Mas. Gunting rambut Izz.
6.30 - Bermalam di rumah Kak Yah pula.




19/10/2009 (Isnin)
7.45 pagi - Sarapan Nasi Kerabu & terus menuju ke Pejabat Jajahan Pasir Mas untuk menjalankan misi utama ke sana.
12.00 tghari - Ke Kota Darul Naim. Singgah sebentar di Pasar Siti Khadijah untuk makan ringan tengahari & membeli sedikit buah tangan.
2.30 petang - Kembali ke Pasir Mas dan memenuhi jemputan makan tengahari di rumah Kak Mah.
4.00 petang  - Singgah ke rumah Paksu Roni & Cikgu. Berbincang mengenai misi utama ke sana.
6.30 petang - Pulang ke rumah Kak Yah.
8.30 malam - Memenuhi jemputan makan malam di rumah banglo Kak Pah & berbincang mengenai misi utama ke sana.
12.30 malam -  Pulang ke rumah Kak Yah dan tidur yang xberapa lena pasal Izz terjaga pukul 3 pagi mahukan 'lion'nya. Cari dalam kereta xjumpa rupanya tertingal di rumah Kak Mah. Akhirnya Izz tertidur keletihan sambil minum susu botol..


20/10/2009 (Selasa)
7.30 pagi - Bersarapan Nasi Dagang.
8.30 pagi - Bertolak ke Kota Bharu menyelesaikan sedikit misi utama di sana dan terus ke Kuala Lumpur. Singgah sebentar di Kuala Krai membeli tambahan buah tangan untuk ibu dan & ayah sekeluarga.
9.00 malam - Tiba di rumah. Penatnya! nak kene kemas baju, basuh baju, bla..bla.. letihnya... TIDUR!!!

Khamis, 15 Oktober 2009

~:: ONLINE CONTEST - SENYUMAN CERIA SI COMEL ! ::~

Jom join contest @ directlink
http://smileykidz.blogspot.com/2009/10/online-contest-senyuman-ceria-si-comel.html



15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.


Dh tau cara2 penyertaan:-

1.Dh jd Follower SMILEYKIDZ & dh add SMILEYKIDZ dlm bloglist.
2.Dh letak banner contest disidebar blog dgn link ke entri ini.
3.Dh wat n3 Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini.
4.Dh upload 1 gmbr si comel dlm n3 dgn senyuman paling ceria/happy/sweet.
5.Dh nyatakn nama si comel dan umurnya.
6.Dh mention dan link ke SMILEYKIDZ.
7.Dh TINGGALKAN komen & LINK n3 dlm ruang komen.

Nama Si Comel : Izz Irfan
Umur Si Comel : 2 Tahun 4 Bulan

...'snap' gambar di Jusco Maluri. Objektif papa & mama Izz pada waktu tersebut adalah untuk membeli katil buat Izz yang semakin menjadi2 buas aksi tidurnya. Setelah meng'survey' banyak tempat, akhirnya berkenan jua katil yang dijual kat jusco ni.. so, sempatlah papa mengambil beberapa aksi Izz yang teruja nampaknya untuk memiliki katilnya sendiri yang selama ni terpaksa berkongsi katil dengan papa & mamanya.
Tersenyum lebar! walaupun hanya tumpang duduk kat katil display!...

Selasa, 13 Oktober 2009

~:: Beraya Sakan di PICC !! ::~



.... member2 yang join skali beraya ke PICC. meriah dan ceria suasana! Apalagi tanpa mempedulikan para jemputan kita berposing sakan! Makan sampai kenyang, walaupun beratur panjang.. sambil borak2 kosong, pehtu balik office sambung kerja...! 


... antara officemate yang dapat mengejarkan & menghadirkan DIRI Ke PICC...


... posing memosing selepas perut kenyang sementara mata belum layu... 


...aksi2 gedixxs yang xterlampau...


Isnin, 12 Oktober 2009

~:: Beraya di Grand Ballroom Pembangunan!! LATEST UPDATE!::~

... Ini meja VVIP.

.. meriahnya sungguh beraya di Bhg. Pembangunan... Ala2 di hotel 5 star gitu! Who's the decorator&Interior designer? Hamka & Co. Makanan catering memang sedap! xlupa juga Warga Pembangunan yang bermurah hati membawa makanan untuk menu hidangan tambahan yang cukup menyelerakan... time bergambar, memang ramai jadi cameraman terjun. banyak sangat camera nak minta di'snap'. xcukup dari tu camera h/p pun jadi!! Tapi apapun... motto di Bhg Pembangunan adalah.... Apa yang penting??? KERJASAMA!!. Kalau x... xkan bilik meeting terus bertukar menjadi Grand Ballroom.... Nikmati gambar2 di sini...


... Ini plak VVIP xdiundang... huhuu

...para tetamu yang hadir membanjiri Grand Ballroom Pemb. ketika YBhg. Dato' berucap... Artis jemputan? Dato' Siti....! Nampak x??

.... antara juadah yang tersedia untuk disi dalam perut2 seluruh warga Pemb. dan  department lain yang telah diundang khas... beraya sambil menyambut besday warga2 Pemb. yang lahir pada bulan Oktober. kek prune ditempah dari secret recepies.. sedap gilesss!!

...menyelerakan??...

...ni plak gambar orang kuat untuk kategori memotong buah tembikai... huhuhu 

... persediaan sebelum dan posing semasa jamuan raye.......

... bergambar selepas, memasing dah keletihan, banyak makan, banyak suka... huhuhu
...dan bermacam-macam lagi! letih la nak meng'upload gambar... banyak sangat nak kene edit...

~:: Gambar Di Pagi Hari Raya...::~


.... psttt! Inilah gambar raya yang dah lama nak dipostkan dalam blog tapi tertunda2 sampai la skrg... bz la konon...bru la ade mase la ni... Tahun ni beraya bersama keluarga 'Pak eteks' di Segambut. Seminggu braye kat sane! 1st raye xbrape meriah sangat pasal family Kak Atie & Kak Zura balik sini raye ke-2. Kire xcukup korum. Raye ke-2 barulah terase suasana raye yang melampau itu... raye tahun ni xbanyak snap gambar pasal beraya sakan sampai xnyempat2! sibuk melayan tetamu! asal tetamu balik, tetamu baru berkunjung tiba. Non-stop! Orang dapo? Kyla (chef) & co'. sian adek... letih gile jadi owg kuat dapo... xpe2... akak kasi 3 1/2 bintang (betul ni, tarak tipu) untuk masakan adek!!


Jumaat, 2 Oktober 2009

~:: contest wansteddy : love teddy bear! ::~

@ directlink
http://mummynaliya.blogspot.com/2009/09/contest-wansteddy-love-teddy-bear.html


Contest bermula 10 september hingga 15 oktober 2009

Dh tau syarat2 wansteddy contest....
1. Dh jd follower wansteddy.
2. Dh taruk link blog wansteddy kat bloglist.
3. Dh tepek banner contest wansteddy kat sidebar blog.
4. Dh wt 1 n3 brtajuk contest wansteddy: love teddy bear.
5. Dh berikn jwapan ya atau tidak samada meminati teddy bear.
6. Dh tepek gmbr yg paling sukai, gmbr jelas, meletakkan gmbr brsama teddy bear.

7. Dh ceritakn knapa sukakn gmbr trsebut.

Dah tau hadiahny akan beritahu &  berkaitan dengzn teddybear.



...gambar ni telah disnap oleh papa Izz (paparazzi). Kenapa saya sukakan gambar ini? Pasal ade cerita di sebalik gambar tersebut yang mendebarkan serta lucu bagiku.. Ceritenya begini...

Kejadian berlaku pada tahun lepas semasa beraya ke rumah Pakcik Dollah. Family 'Pak Eteks' yang sedang rancak berbual sambil menjamu selera, tiba2 mama Izz baru terperasan yang Izz tidak ada bersama..  meggelabah & melilau mata mama & papa mencari kelibat Izz. Luar rumah, ruang tamu, terjah dapur. Akhirnya  terpaksa menyelak langsir bilik, walaupun bukan niat dihati nak suke2 terjah bilik orang.. dan ternampaklah kelibat Izz dalam bilik yang sedang asyik masyuk mencium & memicit2 geram teddybear kepunyaan anak dara kecil cik dollah.

Lega hati.. apalagi.. aksi menarik itu pun dirakam sebagai kenangan oleh kamera papa yang sentiasa di sisinya. Actually, sejak kecil memang Izz gemar sangat tengok teddybear xkire kecil atau besar...

Bermula dari kejadian tu mama&papa bertekad untuk mengubah kegemaran Izz yang geram terhadap teddybear.. yelah... pssstttt! macam jambu la plak budak lelaki suke teddybear.. Apalagi trus bli stok mainan lelaki.. motor, kereta, trak, lori, bas, ambulans, aeroplane sume ade.. sampai sekarang Izz xterlepas membawa sume stok kenderaan bermotor tu ke mana2..

Tapi ape pun mama Izz memang meminati teddy bear dan sukakan teddybear besar yang telah papa hadiahkan pada besday mama yang ke-22 kot.. pssttt.. teddybear tulah yang buatkan Izz start mengerami sume bear2 yang lain... sejarahnya.. huhuhu 

~:: @ Si Comel Berbaju Raya Contest ::~

@ directlink



Cara Penyertaan:-
Prtndingn dibahagikan kpd Kategori A (Boys) & Kategori B (Girls)
Prtndingn dibhgikn kpd 2 fasa:
Fasa 1: 23 Sept 2009 – 15 Okt 2009 - Semua pserta submit gmbr Si Comel Brbaju Raya..

Fasa 2: 16 Okt 2009 – 31 Okt 2009 - Top 10 akan dpilih. Pmenang akn dipilih brdsrkn undian.

Dah ikuti syarat senyertaan :1. Dh jd follower BabyIbu dan dh add BabyIbu dlm bloglist.
2. Dh letak banner di sidebar blog dgn link ke entri ini.
3. Dh buat entri mgenai contest ini diblog.
4. Dh upload (1) gmbr si comel brbaju raya(baju melayu)&dh nyatakn nama si comel & umur.
5. Dh mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor.
6. Dah tinggalkn link entri di entri ini.


Hadiah:-
Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Bagi Kategori B:
Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop


Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga-
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics).


P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita..Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..

NAMA SI COMEL : IZZ IRFAN
UMUR SI COMEL : 2 TAHUN 4 BULAN

Contest lagi?? Jom meramaikan dan memeriahkan lagi contest si comel berbaju raya ni yang dianjurkan oleh BabyIbu!!

Ini dia gambar terbaru Izz berbaju melayu di pagi raya pertama.. Nampak seronok xterkirakan riak wajah Izz time tu?? Tapi, padahal time nak sarung baju tu punyalah banyak songehnya, bukan takat baju je dengan songkok2 xnak lekat kat kepala. Al-maklumlah.. setahun sekali Izz disarungkan dengan pakaian tradisional tu.. bodek punye bodek barulah leh disarungkan.. Ikuti perbualan antara Izz dengan mamanya yang xjemu2 melayan karenah Izz yang semakin petah bercakap ini..

time nak sarungkan baju melayu....
Izz     : x nak! xnak! Ishh(Izz) nak pakai suar jin.
mama : ari ni Izz pakai bju melayu.. chantik.. sama warna mcm baju mama dgn papa k..
Izz     : Ishh(Izz) nak pakai suar jin....
mama : xboyehlah... Izz kene pakai baju mcm papa.. tengok! baju Izz sama mcm papa.
Izz     : papa pakai baju wanepe?
mama : merooon...
Izz     : mama pakai baju wanepe?
mama : merooon gak! pakai tau nanti Izz chomeyyy...
Izz     : (tersipu2 malu)..

..time nak pakaikan songkok pun lebih kuranglah bodeknya.. cume kaler songkok je la lain arr... huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...