/ MY POOL 2.0 /


Khamis, 27 Februari 2014

/ Jelly Welly Wedges/Sandal ^^ /

Comfy gile kasut jelly nih!
Sekarang tengah trend.. havoc 2x!! ^^
mendapat permintaan & kegilaan ramai
terutamanya para remaja
yang penting tidak melecet!

Harga rm45
beli dengan officemate
kat tapak wedges ni ada tulis
Made in Thailand


canteek kann??! ^^


esiapa yang berminat boleh mengunjungi butik kasut di LE Tresor Gallery, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju dan Street Market, The Curve Mutiara Damansara atau melayari laman facebook Mia Hannan Wedges. - See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/TarikankasutJelly/MA/Article/#sthash.Vs29xjxA.dpuf
Sesiapa yang berminat boleh mengunjungi butik kasut di LE Tresor Gallery, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju dan Street Market, The Curve Mutiara Damansara atau melayari laman facebook Mia Hannan Wedges. - See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/TarikankasutJelly/MA/Article/#sthash.Vs29xjxA.dpufvv
Sesiapa yang berminat bolehlah berkunjung di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Street Market @the Curve ade jual di sana...


Wow!


















Cash RM 656 
telah dipinang oleh datin nina ;)
New kasut from Gucci
Spesis Jelly Wedges
Retail kat KLCC RM 730


sumber di share dari sini.
thanks ya^^!




facebook Mia Hannan Wedges.ATAU

Sesiapa yang berminat boleh mengunjungi butik kasut di LE Tresor Gallery, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju dan Street Market, The Curve Mutiara Damansara atau melayari laman facebook Mia Hannan Wedges. - See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/TarikankasutJelly/MA/Article/#sthash.Vs29xjxA.dpuf
Sesiapa yang berminat boleh mengunjungi butik kasut di LE Tresor Gallery, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju dan Street Market, The Curve Mutiara Damansara atau melayari laman facebook Mia Hannan Wedges. - See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/TarikankasutJelly/MA/Article/#sthash.Vs29xjxA.dp

Isnin, 24 Februari 2014

/ dari Dapurku! Vol.9-Blended LimauMandarin Cake /

Itu hari
Chinese New Year
En Hubby dapat banyak gilerz limau mandarin
ade lebeyh nih?!
nak makan banyak kang..
cirit birit plak kang Iris pasal menyusu badan..

So,
conclusion..
try wat kek lah!
macam biasa cari resepi kek oren...
jumpe!!

Blended Limau Mandarin Cake! ^^

Bahan-bahan :-
  • 1 bji buah limau mandarin
  • 1 cawan minyak (ganti dengan mentega cair + 3 sudu besar minyak masak)
  • 2 cawan gula halus (1 cawan penuh)
  • 3 biji telur (telur gred A)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
  • 2 sudu besar pati oren sunkist
Cara-cara :- 
  • Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. 
  • Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus. Parut sedikit kulit limau.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
  • Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.










Nak share sket kebaikan makan limau mandarin nih...



Klu makan limau nih, jangan buang yang putih2 lekat kat isi tu, makan sekali sebab benda yang putih tu akan menyejukkan badan. Orang cina citer..



Khasiat Buah Sitrus

TIADA siapa dapat menafikan hakikat bahawa buah sitrus yang rasanya masam mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Buah sitrus ialah jenis limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut mahupun limau mandarin.
 
Ia boleh dimakan segar, diperah untuk dijadikan minuman, bahan dalam masakan atau diparut sebagai perisa kek, kuih-muih atau bahan perapan.

Umumnya, semua maklum buah ini kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.

Vitamin C bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka.


Buahan sitrus juga :

  • baik untuk kesihatan jantung, penglihatan
  • mengurangkan risiko penyakit kanser
  • Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan
  • membantu mengawal tekanan darah
  • mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita
  • membantu perkembangan otak janin
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Bagaimanapun, jika dimakan berlebihan, ia mendatangkan keburukan. Kanak-kanak misalnya gemar menghisap atau mengemam buahan sitrus di dalam mulut dalam tempoh lama.

Tabiat itu boleh menyebabkan mineral penting pada gigi terjejas, di samping menghakis permukaan luar gigi disebabkan kandungan asid tinggi dalam buahan sitrus. Akibatnya, gigi menjadi sensitif atau mudah ngilu ketika makan makanan atau minuman sejuk.

Pencuci mulut, kek atau puding daripada buahan sitrus sememangnya membuka selera kerana mempunyai gabungan rasa manis dan manis. Apapun, pengambilan berlebihan selain tanpa penjagaan gigi yang baik boleh menyebabkan kerosakan gigi, terutama di kalangan kanak-kanak. Ini kerana, sisa manisan yang terkumpul di dalam mulut menyebabkan karies gigi.
 
Penjagaan gigi dan gusi yang baik dapat mencegah daripada kerosakan gigi. Amalan itu perlu diterapkan sejak kecil dengan meminta anak berkumur selepas makan manakala gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur. ^^

Share info ini kat sini.
Thank you ya..^^

Jumaat, 21 Februari 2014

/ Cabut Gigi Susu! /

bile kite nak gi klinik gigi mama?
macam mana doktor tu nak cabut gigi Izz?
sakit ke cabut gigi mama?
1001 banyak sangat soalan Abg Izz bertanya
musti Abg Izz agak cuak, berdebar2
sian dia!
sebab belum pernah cabut gigi ^^

xsakitlah!..
doktor gigi nanti suntik/cucuk ubat tahan sakit
tapi rase sakit sket, macam rase kene gigit semut api
lepas tu gigi akan rase kebas macam xrase ape2
time tu doktor akan tarik gigi Izz'', terangku
 
2 batang gigi kacip depan belah bawah
belum longgar
tapi dah keluar 2 batang gigi
sebalik gigi tu..
kene cepat cabut nih! bagitau en hubby..

trus wat appointment kat Klinik Gigi Pergigian Anis
Taman Tun Hussien Onn, Cheras
rm45, dapat rantai+bekas comeyy untuk letak gigi susu
lepas ni, doktor pesan suh rajin2
tolak& tekan2 sket gigi baru tu ke hadapan
dengan jari@lidah
biar balance dok baris depan gigi tu..
Thank you doc! ^^
























Soknye..
ade tinggal 1 batang lagi gigi Izz
yang telah longgar tapi xdicabut oleh doc
doc pesan, leh cabut sendiri nih!
suh kumur2 dengan air sejuk/air bersama icecube
agak2 rase kebas..
trus leh cabut!
 
memang betul!
trus mama cabutkan!
tara.. 


 

 

 

 

 

 

 

 

 


















Bilakah Perlu Mencabut Gigi Susu?

Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. 
Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut.

Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?
Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu. 


Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. 
Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. 
Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. 
Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. 
Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu. 

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. 

Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi.
Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya. 

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?


1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.


2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.


3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya


4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.


5. Jika takut utk cabut sendiri
Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali.


Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?

1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.


2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.


3. Gigi susu yang tidak dicabut

- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun


Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun.

Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan.
Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi.
Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa.

Jika kanak-kanak memang tidak mahu beri kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu.
Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.
Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus.

Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi.
Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)

Jadual Pertumbuhan Gigi Susu dan Tetap. Setiap bayi & kanak2 berbeza2. Jangan risau xsemestinya sama tau! ^^

Info tentang gigi susu ini dishare dari Dr. Leen di sini dan sini!
Terima kasih ya! ^^

Selasa, 18 Februari 2014

/ Biskut Lidah Kucing Pelangi^^/

Canteeknyee...!
Colorfulnye...!
Pandainyeee.. adik buat..
Ape nama cookie nih?!
"Biskut Lidah Kucing Rainbow", kata Kyla

Beberape keping balance biskut.
Tinggal yang xberapa chomey, pasal yang chomey sume Abg Izz ngapp!!
 























Letak ape ni? rangupnyee..?
"Emplex, beli kat kedai bakeri ade jual..
Sekarang tengah top meletops cookie nih!
jual untuk bagi goodie bag kat tetamu owang kawin
senang je wat.. ", bagitau kyla lagi

"Tapi kene beli acuan biskutnye
Macam ni bentuk dulang biskut tu
Ade jual kat kedai bakeri gak..
yang kyla bli ni boleh tahan harganya, dalam rm22
mahal sket, pasal malas nak ke chow kit tu..
klu x, dapat dalam harga rm18", cerita kyla lagi.










































Biskut Lidah Kucing Rainbow


Bahan-bahan: -

250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)

Pewarna - Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah




Cara-cara: -

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sedikit demi sikit   
    hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi di dalam adunan dan pukul sebati.
4. Bahagikan adunan  kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna rainbow.
5. Masukkan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel no. 8 @ gunting
hujung piping dan picit lurus mendatar ke dalam acuan.
6. Panaskan Oven 150C dan bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak dan 
    ranggup.
7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Isnin, 17 Februari 2014

/ Iris dah 8 Bulan ^^ /

Perkembangan Bayi Anda Pada Usia 8 Bulan

Duduk, merangkak dan berdiri


Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot.

Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.

Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya.

Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.



Iris & her brother ^^

Menggunakan tangan


Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek.

Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.

Sifat semakin emosional


Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan.

Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.

Apabila berpisah


Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati.

Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.

Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya.

Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.

Mengeksplorasi objek


Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya.

Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.

Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya.

Penglihatan yang semakin baik


Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.

Adakah bayi saya membesar dengan normal?


Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.


Alhamdulillah.. ~

Petikan dari Sumber
Terima kasih ya... 

Jumaat, 14 Februari 2014

/ Kereta Iron Man ^^ /

Iron-man concept car?
pheeewwiitttt!!
Custom paint & airbrush kat kereta
gambar ironman tu..
Canteeek tu...!

terserempak kete ironman ni kat area Ampang
menyinggah belikan roti & air untuk ayoh
yang kami 'paksa' gi ke ICU, Hospital Ampang
menunggu rawatan & keputusan hypo kencing manis ayoh..
Alhamdulillah..
kini dah beransur sihat..

snap gambar ni dah kul 3 pagi
Abg Izz pun masih bertenaga untuk beraksi
padahal..
dah nak separuh lena kat seat kete belakang
Abg Izz memang peminat Ironman start umur 4 tahun
Meh layan tengok aksi Izz bergambar...! ^^


Khamis, 13 Februari 2014

/ Aku Sayang Kucing! ^^ /

Dulu
masa zaman kanak2
aku memang suka sangat kucing

tapi sekarang dah dok rumah sendiri
en hubby pun xberapa suka kucing
so.. aku abaikan sahaja perasaanku dan Abg Izz
untuk membela kucing

tapi, kitaorang ade kucing angkat
tapi xberapa nak angkat
boleyh gitew? haa haaa..

kucing jiran sebelah
dari 3-4 ekor
sekarang dah beranak-pinak
dah ade 8 ekor dah kot...
kawen adik-beradik.. 

sekarang jiorang tengah xberapa sihat
mengidap penyakit selsema
sian.. nengok.. berjejeran hingus2 kuar..
dah berjangkit satu sama lain

aku dapat rasekan yang
bile ade kucing kat dapo luar ni
kira aku xberapa nak takut sangat la
sebab aku ni penakut orangnya... hik..hik.. ^^
lagi satu, bile tengok je muka kucin
hati aku rase ade satu perasaan, tenang, hilang stress..

tapi aku rase..
kucing2 tu yang stress dengan aku
pasal, dengar aku banyak bertanya kat jiorang
letih kucing2 tu mendengarkan.. haha! ^^


Sebahagian daripada kucin2 jiran, ade lagi. Jiorang tido atas sluar Izz yang jatuh dari ampaian baju. Kucing coklat tu namanya comel, mengalami kecederaan kerana bergadoh dengan kucing taiko liar kat perumahanku, sian..  ^^


Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan Mueeza??

Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.

Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)


Keistimewaan Kucing Fakta Ilmiah 1 :  
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Fakta Ilmiah 2 : 
Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbedaan posisi kulit, punggung, bagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.  

Hasil yang didapatkan adalah: 
– Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang. – Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut. – Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman. – Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan. – Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam. – Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar Para Doktor Peneliti
- Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. – Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. – Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, – Manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. – Dokter hewan di rumah sakit hewan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahwa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme. – Kucing tidak suka air karena air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) – Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. – Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Fakta Ilmiah 3 : 

Dan hasil penelitian kedoktoran dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahwa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

Fakta Ilmiah Tambahan : 

Zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesehatan selain itu mengelus kucing juga bisa menurunkan tingkat stress.

Kesalahan Persepsi Manusia Tentang Kucing

Lihat begitu luar biasanya kucing itu, bahkan sampe jadi hewan peliharaan kesayangan Nabi. Namun sayangnya banyak sekali dari kita yang berpandangan negatif seputar binatang ini, ada yang mengatakan kucing dapat menyebabkan asma karena bulu-bulunya, ada juga yang bilang kucing terinfeksi toxoplasma.

Toxoplasma berasal dari infeksi parasit Toxoplasma Gondii. Adapun penularannya pada manusia melalui empat cara yaitu:
1. Secara tidak sengaja memakan makanan yang tercemari parasit ini. Misalnya kita makan sayuran yang tidak dicuci bersih dan ternyata parasit toxo telah mencemarinya.
2. Memakan daging sapi, kambing, babi, ayam, babi atau anjing yang mengandung parasit toxo yang tidak dimasak dengan sempurna (matang).
3. Infeksi melalui placenta bayi dalam kandungan.
4. Seorang ibu hamil yang terinfeksi toxoplasma bisa menularkan parasit ini pada janin yang dikandungnya, penularan ini disebut penularan secara congenital.
5. Melalui transfusi darah, transplantasi organ dari seorang donor yang kebetulan menderita toxoplasmosis.

Toxoplasma bisa menyerang perempuan maupun laki-laki. Sesungguhnya tak hanya kucing yang bisa terinfeksi parasit Toxoplasma, karena semua hewan berdarah panas (unggas dan mamalia) sebenarnya juga bisa terinfeksi sebagai induk semang perantaranya (Intermediate host).


Tips untuk Menghindari Toxoplasma:
1. Sediakan pasir atau tempat kotoran untuk kucing dan sebaiknya dibersihkan setiap hari. Nah kita juga harus rajin bersih-bersih, lagian kucing kalau mau pup dipasir selalu dikubur, karena kucing itu sendiri adalah hewan yang pemalu. Malah sebenarnya kalau gak ada pasir atau tanah, kucing akan menahan pup sekuat tenaga, kalau bener-bener udah gak tahan, terpaksanya pup di pojokan. Makanya sediakanlah lahan pasir buat kucing
2. Cegahlah kucing agar tidak berburu tikus, burung, lalat dan kecoa (kasih makan makanan yang bersih, matang dan layak).
3. Jangan memberi makan hewan peliharaan dengan daging, jeroan, tulang dan susu mentah, sebelum di masak terlebih dahulu.
4. Setelah mencuci daging mentah sebaiknya cuci tangan dengan sabun agar tak ada parasit yang tertinggal di tangan.
5. Cucilah tangan dengan sabun setiap kali hendak makan.
6. Hindari memakan daging mentah atau setengah matang. Makanlah daging yang benar-benar telah dimasak sampai matang.
7. Cuci bersih sayur-mayur dan buah-buahan yang hendak dikonsumsi mentah sebelum dimakan (dilalap).
8. Untuk ibu-ibu hamil, sebaiknya tidak membersihkan tempat kotoran kucing ataupun mencuci daging ataupun jeroan selama masa kehamilan. Mintalah bantuan orang lain untuk mengerjakannya.
9. Untuk ibu-ibu yang berencana untuk hamil sebaiknya melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui ada tidaknya infeksi Toxoplasma.
10. Jika anda memelihara kucing, latihlah dari kecil kucing tersebut dengan membiasakan buang kotoran pada tempatnya.

Semoga bagi teman-teman yang memelihara kucing akan mendapat rezeki tambahan dari ALLAH.. Amiin..


Dapat info dari sini, sini dan sini
Terima kasih ya... ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...