/ MY POOL 2.0 /

Isnin, 30 Disember 2013

/ Puyu Emas? /

Alkisah ~
nak cari ikan puyu
suka ikan puyu nih!
senang nak jaga
ikan yang kental!
lama bertahan hidupnya
klu makan, minum cukup
klu xrajin salin air ^^
dah keroh pun leh tahan...
nampak sangat rajin pemalasnya aku nih! hikhikhik!



Kat Jalan Pasar 

 























bli kat Jalan Pasar
tanya toike ikan, puyu ade?
toike ikan tu propose aku ikan puyu lain
puyu yang seangkatan
puyu emas a.k.a puyu albino
sama tapi xserupa
tapi come2 blako

beza puyu emas dengan puyu biasa?
dari segi warna of course la puyu ni lebih cerah
dan warna keemasan gitew..
puyu biasa, warnanya agak kecoklatan
ade gak warna seakan2 silver
size plak, puyu emas ni comey sumenya
kecik2 je
puyu biasa, sizenya agak besar tapi sedang2 saja ^^
macam expert je bunyiknya.. ekkeke!


orang melaka panggil ikan betuk!
aku memang suka panggil ikan betuk!
meh tengok gambar nih!

Puyu Emas














Jumaat, 27 Disember 2013

/ #Throwback - Abg Izz 6th Birthday! /

Banyak nau throwbacknyee
(slang owang melaka la plak.. ehehe.. )
Yelah...
nak dekat setahun aku x hapdet blog
roda2 hidup terus berputar (ayat lama, xble blah!)
banyak kenangan..
suka & duka
sume ade, aku capturedkan dalam camera @ hp
cuma tak diadaptasikan dalam blog jew... (tul ke ayat aku nih?)
sekarang baru nak terhegeh2
bukan pe..
untuk wat kenangan anak2 aku nanti
Izz & Iris
bila bebudak tu dah besau
dapat nengok blogku nih..
klu bebudak tu baca
mesti dak dua orang tu kata...
"hmm.. banyak tul memori & kenangan indah bersama
yang mama coret & tinggalkan kat blog nih ekk!

haa... tul x? ehehe..
bukan untuk bebudak tu jew..
untuk diriku sendiri gak...
ala.. macam mengimbau diari perjalanan hidup, suka & duka..
bersama keluarga tercheenttaaa! ^^

Dah!
banyak nau membebel
Layan je gambar & cite nih...






















gambar ini mempunyai 1001 kenangan buatku
due date bersalin pada 21 Mei 2013
doktor suh datang masuk wad pada 1 hari sebelum due date
iaitu pada 20 Mei 2013
bersamaan dengan tarikh hari lahir Abg Izz

x sempat nak celebrate kat tempat2 best
celebr8 kat dalam wad bersalin ppukm je la...
wad bersalin yang sama
aku ditempatkan untuk melahirkan Abg Izz
kire, aku book dulu

minta surat rujukan dari klinik ibu mengandung
trus gi ppukm hantar surat tu..
pihak hospital pun nak tau gak alasan pe nak bersalin kat sini
so, aku punya alasan kukuh iaitu :

Alasan Yang pertama :
Anak pertama lahir kat sini.
so, kire pe2 rekod anak terdahulu jiorang dah tau

Alasan Yang Kedua :
Tempat kerja en hubby pun dekat dengan ppukm ni. Klu pe2 hal cepat sampai.

Alasan Yang Ketiga :
Faktor jarak, masa & geografi, ditengah2 kota,
makayah & metua dapat datang, xjauh & x memenatkan..





pakat dengan en hubby suh belikan kek simple je untuk Abg Izz
ok, kita celebr8 kecil2lan
sambil makan lunch kat dalam wad bersalin tu
stretcher for baby menjadi saksi, meraikan bersama
majlis ulangtahun kelahiran sempoi ringkas Abg Izz

'hadiah nanti papa belikan untuk Abg Izz ye..'
kataku a.k.a pujukku kepada Abg Izz yang gembira keriangan
sedangkan aku.. yang sedang berdebar2 xterkata
nak masuk labor room..

Khamis, 26 Disember 2013

/ Baby Safe Feeder /

Beli benda comey ni online
Baby Safe Feeder namanya
ok gak harganya
bli 2 bijik, jatuh 1 bijik Rm14.50 ^^
macam buah plak.. ekekekke!

try search kat internet search engine
1 item ni harga dalam Rm25
leh caya ke? macam mahal sangat!
jumpe gak kat tesco
tapi tang tempat isi makanan tu diperbuat daripada material lain
macam kain net gitu..
beza harga nak dekat separuh dalam Rm7.90 ke atas
so, tepuk dada tanya selero!! ^^

Iris dah nak masuk 7 bulan
tapi blom duduk dengan tegak lagi
so, slow2 gak kenalkan & suap Iris dengan puree

so.. berapa banyak so daa..
aku aplikasikan baby feeder ni pada Iris..
first of all..
aku stimkan dulu baby food seperti dalam n3 sebelum ni di sini
lebih kurang 30 - 40 minit
lenyekkan dan campurkan sket dengan EBM
then isikan puree tu dalam baby safe feeder ni
aku hanya memantau tengok Iris mamam
bagus gak bende ni
baby leh berdikari makan sendiri
tapi cume dalam usia Iris ni kene pantau sket
takut terjolok lebih puting baby feeder dalam mulut si kecil..
klu Iris dah besar mungkin xjadi masalah
nanti beliau pandai adjust sendiri.. ^^

tapi kadang2
aku suap gak Iris guna sudu plastik
biar kasi comot2 comey sket Iris tu... 
yela, kena gak tukar2 method pemberian makanan pada si kecil..
exploration is education..!
tak gitew?? huhuhuu..



View dari jarak dekat.


Iris yang berdikari tapi dipantau.. ^^



/ Mencucuk & Menanam Vol. 4 /

Daun pandan nan subur.
Alhamdulillah~
Thank you Allah..
daun pandan membiak dengan jayanya
setelah hujan di bulan November & Disember
Macam2 kegunaan daun pandan nih
(macam orang expert je bercerita, konon!)^^

Aku yang kebuntuan..
Mak aiii...
lebatnya daun..
Asal masak nasi je
aku buh 2-3 simpul daun pandan
nasi putih tu, nasi lemak mestilah bubuh..
Masak agar2@puding
x ketinggalan daun pandan
yang blender pun buh ^^
kerajinan je blom melonjak
Kek pandan, kuih buah melaka..
macam2 dalam kotak fikiran..

Hmmm..
tinggal nak potong je pokok pandan tu
agihkan kat mak, mak metua & kengkawan
Jiran?
jorang pun sama gak rezeki macam aku
beranak2 daun pandannya..!
Teringin nak tanam pokok durian belanda! ^^

Isnin, 23 Disember 2013

/ Digital Perm? Rambut Baru! ^^ /

#Throwback #Digital Perm

Hajat di hati lepas pantang nih
bersekali dengan hari raya yang bakal menjelma 2013
nak wat rambut baru.
nak dekat 10 tahun dah..
style rambut 'long straight' aku maintainkan

tapi bile nampak orang lain
yang rambutnya ala2 curly2 sket tang hujung2 tu
aku jadi teruja nak tengok
siap tanya kat en hubby
"cantek x klu nak wat rambut cam gitu?"
"ok gak, tapi macam ni pun dah ok"
hmm.. memang ok..

tapi masalahnya dah booowink...! ^^

cam pernah dengar orang pompuan kata
bile dah rambut lurus, teringin nak rambut curly2
bile rambut dah curly2, teringin plak nak rambut lurus
yelah... hidup ni kita memang xakan pernah puas..
ke aku je
?? 

so, pasang niat di hati
nak gak! teringin nak wat rambut curly2 itew!

google, cari digital perm
pasal sebelum nih pernah wat cold perm
tapi xtahan lama,
xsampai 3 bulan rambut lurus balik! : p

search, kat Online Shopping
gigih tu, time preggy
beriya2! cari promo digital perm yang dekat2 dengan rumah

Yess dapat! RM78 je kat Groupon.my!

Klu x, harga promo, leh mencecah rm310
tapi bile tanya salon2 lain mesti kene top-up lagi rm20-30
pasal ikut length rambutku lagi panjang? ye kew? ye.. x tipu!! ^^
Full Package Schwarzkopf Hair Digital Perm, Cut, Wash & Blow

Area Bukit Bintang sebelah Hotel Royale Bintang

8 days Hair Studio


set date masa bulan posa
makan 3-4 jam wat digital perm nih!

siap breastfeed Iris kat situ
budak amoi tu pun sporting "dah habis menyusu bagitau saya ya katanya! " ^^
sambung balik setting rambut tu
guna mesin digital perm yang tergantung2 tu..
dah macam bahan ekperimen aku jadinya!

nak dekat buka posa siap!!
tahan 6 bulan, bla.. bla.. bla.. amoi ni bagitau
dia fresh graduate bab salon..


tanya gak, yang macam artis2 tu curly2 rambut jiorang cantik2
"ye lor, kene renew selalu maa.. lepas 6 bulan setting lagi,
then gune curly/thong klu mau lagi cantik maa"!
suke 3x! thumb-up untuk dia!
hasil tangan budak amoi yang sopan santun dan xwat sambil lewa..
 

Dan inilah hasilnya..
digital perm tang hujung rambut!
pasal rambutku jenis lurus @ tebal
langkah selamat, klu wat sume..
kang mengerbang plak rambutku

so, aku rase ini yang paling sesuai!
i loooiikeee it so much! ^^


























cuma kene rajin maintain..
pakai mousse, klu nak curly tu tahan lama
lotih gak, yelah... nak2 dah beranak 2 nih!
ikut dan je klu nak pakai mousse tu.. ade..

tapi klu dah kelam kabut
guna pe2 perapi yang leave on je kat rambut tu..
gumpal2kan sket, siap!!
simpan satu dalam tas tangan handbag!


Selfie! Gambar baru bertugas kerja selepas 90 hari bercuti!

Ahad, 22 Disember 2013

/ Penang Nasi Kandar best in town! /

Sedap!
Beratur panjang klu lunch time
bulan posa apatah lagi!
En hubby punya peberet! ^^

Jumaat, 20 Disember 2013

/ dari Dapurku Vol. 6 - Breaded Sausage Roll /

selalu breakfast
time kerja, trun cafe kat lobby
hari2 terpandang benda alah ni
kadang2 bawak Izz..
benda alah nilah yang dia tunjuk suh beli

hmmm...
search resepi wat benda alah ni
rupanya senang gilerzz nak buat
cuma rajin dengan malas je yang membezakan
kewujudan benda alah ni huhuhu...
mudah, leh wat sendiri kat dapur anda

meh kongsi, resepi yang mudah ni, cuma perlukan...

Bahan-bahan:
1. roti gardenia
2. breadcrumb (leh beli kat kedai kek)
3. telur (dipukul manja) ^^
4. hotdog (distimkan terlebih dahulu-ikut suka)

Cara membuatnya:
1. leperkan roti (gilingkan guna mug jew!)
2. gulungkan roti bersama hotdog. gamkan roti, gunakan secalit telur
3. celopkan roti dengan telur
4. taburkan breadcrumb ke seluruh roti yang telah di gulung
5. goreng guna minyak yang panas sehingga kekuningan

Siap!!
leh letak cheese kat dalam roti klu suka!
pandai2lah korang olah sendiri resepi klu nak lagi sedap..

tara...
sedap dimakan panas2 bersama sos cili Thai... ! ^^



tambah wat meatball, skali jalan guna breadcrumb tu..! ^^

Khamis, 19 Disember 2013

/ Biskut Pretzel Comel & Sedap! ^^ /

sekarang ni tengah fofular
biskut pretzel!
nak dekat2 raya christmas kot..
ramai usahawan iks serata dunia (ayat bagi gempak)
yang promote & jual pretzel cookie ni!

so, akulah seorang
pembeli yang telah teruja itew!!
memang sedap!
manis, lemak, masin semua ade!
makan satu nak lagi satu
dan seterusnya
habis dahh.......

member kat office yang jual
harga?
bleh tahan rm28
sekali makan pun bleh habis
tapi aku sayang, bleh gitu?
makan berdikit2.. hikhikhik!
5 hari baru habis...
























try search resepi pretzel cookie ni kat internet search engine..
tapi banyak yang kongsi resepi pretzel besar
pretzel yang macam auntie anne tu
curious gak nengok pretzel comel nih!
stardard sume, dari segi size, rase, rupa etc
kilang biskut je leh wat macam ni..

at last, aku jumpe info ni..
rupanya mat salleh sambut christmas memang guna pretzel dah siap ni
then deco2, celop coklat, letak peanut butter etc
sambungkan dengan pretzel stick, macam2 leh wat
cuba tengok blogger mat salleh ni deco pretzelnya  kat sini.






so.. mesti usahawan iks beli pack besar macam ni
mungkin kat cold storage ade kot, bape rm xtau..
redesign sket, celop coklat2 colourful
then repack dalam bekas kuih comel2
tada... dah bleh jual.. masyhukkkk!!! ^^


Rabu, 18 Disember 2013

/ Apa itu Baby Weaning? /

Apa itu “ Baby -Weaning”?

Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid yang bertekstur halus. 


Panduan Pemakanan Bayi 

Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food
Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru iaitu:
  1. Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
  2. Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
  3. Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari
  4. Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
  5. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  6. Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.

Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse!), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.
Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan.
Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja.

Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja, namun begitu dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak andanyang dipengaruhi oleh keadaan seperti :

  • tumbuh gigi
  • keaktifan seseorang bayi
  • proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya
 
Apa yang perlu diberi pada bayi sebagai makanan pejal pertama pada bayi anda?

Umur  4 ~ 6 bulan :

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi  dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.


- Antara makanan awal yang boleh diintrokan kepada baby anda ialah  Brown Rice,  Avocado  & Banana, Apple , Pear , pumpkin, sweet potato bukan potato biase tu ye!

Umur 7 ~ 8 bulan :

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut


Umur 8 ~ 10 bulan :


Brown Rice, Oat, Barley ,  Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
Selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley@ herbs ke dalam bubur baby.

Umur 10 ~ 12 bulan :

Semua jenis grain,  Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish

Cara buat Puree / Sayur :

1. Rebus@stim buah/sayur.
Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur.
gunakan sikit je air dan api kecik ye.
Kalau stim, boleh stim sekali 2-3 jenis2 sayur/buah
Sayur yang baby boleh makan adalah:
  • Bayam Hijau@Merah
  • Brocoli
  • Kentang
  • Carrot
  • Pumpkin
  • Avocado
  • Cauliflower
  • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
  • Cranberry
Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) : 

  • Pear
  • Apple Merah

  • Pisang
  • Strawberry
  • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan) 

  • ikan salmon (memangg banyak khasiat)
  • ikan yu

  • ikan kurau
  • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)


  • 2. Bila sayur/buah dah lembut, blendkan asing2
    Saya guna blender kering tu je
    Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut.

    3. Nasi banyak kabohidrat, so kekadang tu tukar2 dengan oat or beras perang.

    Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis bagi rasa, ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.

    4. Macam saya, masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

    5. Bagi mommies yang nak buat asing untuk simpanan boleh bekukan asing2 dalam baby cubes atau dlm ice tray.

    Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.

    Cara buat Puree Nasi / Beras Perang / Oat :

    1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi macam nak buat bubur. Air lebih dair biasa.. biar nasi tu sampai kembang.

    (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

    2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jangan campur, cuba untuk seminggu.. tengok ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

    3.Pada mommies yang nak antar kat BS.. and  mommies yang nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpmt beku, kalau nk guna kuarkan dulu dan masuk dalam slow cooker sekali dgn beras, masak dan blend..

    4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan. mcm saya dalam sekali masak, jgn simpan lama2. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

    5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

    6. Nak simpan dalam freezer simpan dlm tupperwre kecik, and tagging

    (tarikh dgn bahan2)

    Cara buat Puree Ikan / Ayam / Daging :

    1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

    2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

    3. Bekukan sama mcm sayur/buah.


    ---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...
    ---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)
    ---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...
    ---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...


    Tempoh penyimpan: freezer storage


    Vegetables / fruits pureee = 6 bulan
    Fish = 10 weeks
    Chicken = 10 weeks
    Puree's with milk = 4-6 weeks
    (kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby)  
    Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...

    Pemakanan yang perlu dielakkan & Cara Pemakanan untuk Baby : 

    Cara betul memberi bayi makan :-


    1)  Anak berada dlm keadaan selesa


    - Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala supaya dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian bayi,gunakanlah bib.

    2)  Makanan yg sesuai


    - Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu

    3)  Tidak terlalu panas


    - Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.Cukupla sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan memudahkan anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar mkn menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu

    4)  Bersabar

    - Pertama kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum biasa utk makan.Jadi,ambillah masa

    5)  Jaga kebersihan

    - Pastikan semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih drpd sebarang kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik utk makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit

    6)  Pastikan bayi  betul-betul lapar ketika itu

    - Ramai berpendapat,waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar.Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan
     

    INFO

    Masa terbaik utk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.

    Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun


    Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.


    Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…

    Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan


    - Semua makanan pejal
    Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


    Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan


    - Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
    Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

    - Makanan Yang Telah Diproses:

    Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

    - Putih Telur :
    Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.


    - Buah-buahan Citrus:

    {mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

    - Madu :

    Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

    - Kacang, Mentega Kacang :
    Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

    - Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:

    Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

    - Makanan Laut :

    Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

    - Minuman :

    Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

     - Jus Buah Pekat :

    Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.


    - Gandum dan Produk Gandum :

    Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.


    - Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :

    Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.



    Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

    - Susu Rendah Lemak :

    Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran.

    Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat.
    Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

    - Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
    Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat.

    Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

    Kredit :  Panduan Pemakanan Bayi

    Selasa, 17 Disember 2013

    / Eww..Kelemumur? dah xde?? /

    kulit kepala berkelemumur
    memang rase x best!
    rambut klu 2-3 hari xcuci
    memang kelemumur cepat naik
    gatal 1 kepala!!
    itu aku..!

    syampoo ni
    dah berkurun2 nak masuk 13 thn aku guna
    hasilnya?..
    memang terbukti berkesan! 
    kelemumur? almost xde..
    klu ikut ape yang disarankan..
    ikut kerajinan anda
    pasti! kelemumur bukan masalah besar lagi!


    harga?
    memanglah agak mahal sket, pasal botolnya kecil
    klu botol besar, tinggilah lagi harganya...
    tapi affordable bagiku
    bukan slalu guna pun..
    seminggu guna 2 kali, diselang seli dengan penggunaan syampu biasa
    syampu biasa tu aku guna Head & Shoulder Methol
    conditioner tetap guna, xleh hidup tanpa conditioner rambut!!
    tapi memang x terbaloi2 hasilnya.. betul ke ayat aku nih?
    hasilnya memang memuaskan!!

    syampu ape yang aku bebelkan nih?
    ni diaaa.. Selsun Blue
    tutup botol ni ade beberapa warna
    bezanya, ikut choice masing2
    bacalah terlebeh dahulu yeh..

    xcaya? cubalah sekarang...
    pssttt..
    ini promote x dapat poket money pun
    cuma sekadar berkongsi masalah berkaitan rambut





















    botol comey ni aku beli 2tahun lepas
    still aku simpan botol ni walaupun isinya dah habis
    xingat brape rm2 - rm4
    aku rase, botol ni mungkin sebagai trial product berbayar jiorang
    xdelah membazir, klu korang setakat nak cuba
    tapi kene bli botol yang sedang
    & xserasi dengan kulit kepala korang
    kan membazir namanya...


    kebanyakkan rakan2 yang aku sharekan pasal syampu ni 
    xmenafikan keberkesanannya
    cuma datang rajin xrajin je..
    sebab.. kelemumur ni masalah berulang
    dan xkan hilang begitu saja, aku dengar orang kata
    dan aku pon blom wat survey kat google 
    tentang kebenaran kenyataan 'orang kata' tu.. 


    ooo... lagi satu baru aku teringat balik
    syampu ni pun kawan lamaku pada zaman muda remaja yang bagitau
    then trus aku try, ok & sharekan keberkesanannya
    kat sesiapa  yang mengalami masalah rambut nih
    sharing is caringkan... ^^
    terima kasih banyak2 kat kawan lamaku
    dah xingat dah namanya.... ^^

    Conclusion:-
    masalah kelemumur? xde lagi! 
    syampu ni memang sesuai & serasi dengan kulit kepala aku.. ^^ 

    klu hasil itu  tidak menjadi pada kulit kepala korang,
    mungkin syampu ni xserasi dengan tubuh badan korang
    kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan...
    (ayat... xbleh blah... hikhikhik! )
    Sekian.. ^^







    Isnin, 16 Disember 2013

    / Cute Blogger Brooch ^^ - /

    midnight walking
    kat Uptown Jalan Reko
    Abg Izz yang xsabar
    nak tengok kete hotwheel & B-Daman
    ade orang kata 
    kat sini ade jual hotwheel & B-Daman murah
    kebenaran orang yang berkata
    bleylah murah sket..

    aku?
    jalan sambil tolak stroller
    sambil melemparkan senyuman
    pada sape2 yang menegur Iris
    yela..
    klu ade owang cakap ''ee.. chomeyynya baby! ''
    takkan lah kowang wat muka bodo je kan?!
    so, aku pasang niat
    senyum itu sedekah...
    walaupun 1000 orang yang kata

    Iris pun masih xtido lagi
    dan masih tidak meragam lagi
    so, weee... tolak stroller dengan amannya...

    singgah satu gerai,
    nampak brooch2 tudung yang comel
    belek punya belek
    nampak yang satu nih!

    wah... naklah.. naklah!!

    Memang cute owesome!
    ade gak owang wat brooch nih?
    ke aku yang ketinggalan??
    ape pon.. 
    i likeee...! ^^

    korang ade?!? ekekeke! ^^





    Jumaat, 13 Disember 2013

    / Dulang Coca-Cola RM2 je! /

    Rm 2 je?

    A'ah rm2 jek!
    Bli kat giant
    clearance stok itu ari
    satu troli penuh staff jiorang kumpul

    macam rare je bende nih?
    material pun okay, tahan lama
    macam menarik je!
    beli! 2 kotak!
    wat semak spare kat dapo..
    google2,
    ade orang jual kat mudah sampai Rm50?!
    korang ade?? ekekeke! ^^




    Khamis, 12 Disember 2013

    / Breastfeed? Alhamdulillah... Pelbagai Kegunaan SI ! / ^^

    N3 ni dipetik dari Kump. Ibu2 Menyusukan.
    Macam menarik je! Tak tahu pun ade kegunaan lain SI ni...

    Pelbagai kegunaan BreastMilk (BM)/ SusuIbu (SI) By Roslinya Latip

    Something worth to share;
    BM is Not Only for feeding our baby, but it has many other uses.
    These applications of BM not only suitable for babies and infants,
    but Also For Adults!

    Eye infections / Conjuctivitis ("Pink Eye") :
    Squirt into the eye.
    Do this as frequently as possible until healed.
    If the baby/child doesn’t allow you to squirt breastmilk into his eye, then do it while they are sleeping.
    Squirt around the crease of closed eyes, then gently lift the lids to allow the breastmilk to seep into the eye.

    Sore/cracked nipples : 
    Rub into nipples after feedings.
    Air dry.

    Scratches/Scrapes/Cuts :
    Squirt & clean wound first with the breastmilk; then apply some more on wound and air dry.
    This is really great when on outings where no ready water supply is available.
    If the cut is on the lips or mouth area, healing will be especially easy for a breastfeeding baby or child.
    Just the simple act of nursing the child not only calms the child from the pain of the injury, but the breastmilk that must pass the wound during nursing will close the cut rather quickly.

    Mosquito bites / Ant bites :
    Squirt on bite and rub in.  Helps to stop the itching.

    Ear infections :
     Squirt or pour into sore ear

    Acne / Eczema / Diaper rash :
    Wash skin with water, then apply breastmilk all over.
    Air Dry.

    Facial Cleanser :
    Apply breastmilk on face & wipe clean.
    Great even for removing eye-makeup!

    Sore throats/Mouth Sores :
    A baby/child that is still breastfeeding can benefit by directly nursing.
    If not, drinking a cup of expressed breastmilk will help.
    It certainly helped when my then 19-month-old son had mouth sores from a bout of Hand, Foot & Mouth disease.
    His mouth was too sore to nurse directly from the breast, but drinking expressed breastmilk from a cup helped heal the sores in a day.

    Stuffy noses :
    Squirt into nose and suction or squeeze out as you would with saline.
    If you have an older child/spouse who is ill, give them some breastmilk.
    It's a great immunity booster! (agak2 nak ke jiorang? hihihi! ^^)



    Written by; Samuelina Wan (Keeping Abreast, Issue: Apr-June 1999)

    Rabu, 11 Disember 2013

    / Penang, HERE WE COME ! /

    Cuti-cuti malaysia versi budget 2011 ni dah terperam lama jadi Draft.
    So, baru sekarang nak di publishkan n3 ni.
    Ade macam berabuk tak?? eheheh^^

    Gi Penang?
    Ade ape kat Pulau Pinang itu?
    Ape beshnya? Cecite2!
    Jawapannya:-
    Sukahati kitaowg arr nk gi mane kan! 
    Tugas korang hanya dijemput untuk 'membaca'.. ehehheh! ^^

    ..sesi men'surf & survey' pelbagai tempat makan, rekreaksi & shopping
    yang menarik di internet giat dijalankan.
    siap print google maps tuh! (pasal xde gps).
    langkah berjaga-jaga!
    last2 minute baru tanya member owang Penang..
    adelah dapat tambahan info2 yang menarik kat sane..

    k, sekarang bermulalah kisah 'perjalanan & percutian kami di PENANG!'

    27/03/2011 ( Ahad )
    bertolak pagi dari kl,
    breakfast berat terus! makan nasi ayam Mash kat Keramat.
    sebenarnya dekat kul 10 pagi baru nak terhegeh2 cari santapan
    nasi lemak & roti canai dah abeshh! kenyang suda..

    Jambatan Pulau Pinang


















    lebih kurang 4 jam 1/2 sampai penang.
    Segar mata memandang kiri dan kanan
    ketika melalui jambatan Pulau Pinang...
    Hampir 10 tahun rasenya tak datang Penang nih..
    trus lapar menerpa perut kitorang bertiga!  (Iris blom wujud lagi) ^^
    So, dalam checklist jalan-jalan cari makanku,
    kitaorang pun pilih 'Nasi Kandar Line Clear'.
    Pusinglah satu bandar Georgetown.
    Akhirnya... jumpe!
    hmm... oklah pendapat aku, bagi 3 1/2 bintang.. 


    Nasi Kandar Line Clear
























    so.. perut dah buncit kenyang,
    trus menuju ke Batu Feringgi
    dan pengakhiran destinasi kitaorang.. di Teluk Bahang.
    Check-in di Sportfishing Chalet.
    Chalet yang leh bagi 2 bintang pasal dok situ hanya misi untuk tido je
    bersesuaian dengan harganya 


    Kaunter Check-in







    Pandangan Hadapan


































    Malam trus jalan2 di Batu Feringgi
    Window shopping je dulu
    Dah macam Petaling Street pun ade gak rupanya..
    Macam2 barang ade dijual..

    28/03/2011 ( Isnin )
    Bangun awal
    Sarapan di gerai berhampiran chalet..
    roti telur! Siap!! Kenyang.
    Trus menuju ke pantai.
    Hmmm... kelihatan pantai yang so-so,
    ombak pantai yang besar, tanah tak berapa landai. Macam takut je nak mandi! rupanya memang hampir keseluruhan pantai di sekitar macam gitu.
    Obor-obor??
     
    Pantai Teluk Bahang



















    Lunch plak di Medan Selera bersebelahan dengan Float Mosque.
    Ramai, harga makanan pun sangat berpatutan
    dan lauk pun sangat banyak. Kenyang suda! Erkkk!! Alhamdulillah..
    Trus menuju ke Toy Museum bersebelahan dengan Hotel Copthorne
    masuk Malaysia Book Of Records sebagai toy museum pertama di M'sia
    RM10 Adult & RM6 Child.
    Tempat macam 'horor' je tapi menarik.
    Letih tapi seronot! ^^

    Toy Museum






    Macam2 Ada!










    Batman 4 Eva!




    Izz Favorite Superhero!






































    Menerjah pula ke Hard Rock Hotel!
    Memang sangat mengujakan!! Pusing2 jap..

    Wajib bergambar kat artifak nih!





















    Garden yang chanteek menghadap laut!





    Cuaca petang yang amat panaszzzz!!
    Tapau popiah basah di depan pasar borong Teluk Bahang
    untuk alas perut sementara menunggu makan malam nanti.
    Te..ta..pi,
    gerai2 di sepanjang jalan Teluk Bahang
    seakan memanggil-manggil kami datang untuk singgah makan.
    Geram tengok! Cam ala2 kat kampung gitu gerainya.. trus singgah!!
    Ada 1 mangkuk besar penuh cendol kacang RM1.70 yang banyak!
    Laksa penang RM2 yang memang sedap! cukup rase! tak tipu! 
    Apam balik nipis 50 sen yang tebal dan rangup.
    Conclusion, sedap dan murah pulak tuh!
    Trus kenyang sampai ke awal malam.

    Hujan dari senja hingga ke malam. Tak reda2.
    Tak patahkan semangat kitaorang nak jejalan ke pasar malam kat Batu Feringgi. Singgah makan malam dulu kat kedai makan berhampiran
    Sesampai Batu Feringgi, kedai tak banyak yang bukak daa..
    Apa pun, motif utama kitaorang adalah..
    membeli dvd yang harganya.. teramatlah murahnya! ahahah..
    3 keping RM10! Percaya tak? quality baguih dok ada punya!
    Borong trus! termasuk Misty Island - Thomas & Friend untuk Izz ^^..

    Cuci2 mata  je kat sini ^^

















    29/03/2011 ( Selasa )
    Sarapan. Berkemas & check-out.
    Membeli sedikit ole-ole.
    Kerepek dan makanan tradisional melayu kat Teluk Bahang ni. Fresh! Rangup!
    Trus menuju ke Georgetown.
    Rancang nak lunch di Restoran Nasi Kandar Beratur.
    tapi malangnya hari Selasa tutup daa..
    pusing2 jumpe Nasi Kandar Pelita.
    Tapi kurang sedap rasenya
    berbanding dengan Nasi Kandar Pelita kat Jalan Ampang, KLCC.
    Encik Hubby begitu frustrated! huhu.
    (psstt! dia adalah peminat nasi kandar yang sedap sahaja!)
    Kenyang! Meneruskan perjalanan pulang..

    K.L. !!
    Here We Come Back!! ^^
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...