/ MY POOL 2.0 /


Khamis, 12 November 2009

~:: Bercuti di Hj. Dorani Homestay ::~












... Firstly, Terima Kasih Kak Atie kerana sudi belanja cuti2 malaysia di homestay... semoga panjang umur dan murah rezeki selalu buatmu sekeluarga... lainkali ajak lagi.... : )

...Secondly, percutian kali Ini telah ditaja oleh Kak Atie bersempena dengan Sambutan Hari Lahirnya pada 1 November 1979 (rahsia) di Homestay Haji Dorani., Sg. Besar Selangor... Mak aiii.... jauh jugak nak sampai ke sana! ingatkan dekat je... macam nak balik Perak rasenya! dalam pukul 11 malam sampai ke destinasi tu...




...Sesampai je di homestay tu, terus dijalankan sesi barbeque.
Kak Atie telah membawa marinated chickennya untuk dijadikan menu supper untuk sefamily.
Habis sume menu yang dibawa telah di'barbeque' oleh Abg Molly..
sedap hingga menjilat jari!
mula-mula api tu mcm merajuk taknak kluar...
penat mengipas ikut giliran paksaan.
terpikirla gak apsal api ni taknak marak2 nak dekat 1/2 jam..
alih2 abg molly pun bru teringat terlupa baca bismillah dan ayat2 yang sepatutnya.
yela.. datang tempat owang nak dekat tengah malam, trus redah!
tapi salam dah bagi kat tuan rumah, salam luar rumah tak bagi lagi...
lepas jampi serapah dibacakan (saja guna ayat tu, padahal baca yang simple2 je)
trus meriah api-api di setiap celah arang...
ha? takjub tak? tak percaya? percaya je lah... : )




...Setelah perut kenyang dan masing2 dah kepenatan, posing time!!!
Bermacam2lah aksi & gelagat sebelum tidur sepupu Izz lakukan...
Homestay yang luas dan banyak bilik, habis sume jiorang terjah..
berlari-lari sakan, bergurau-senda, bermesra-mesraan sesama sepupu (ayat novel),
last2 kene marah dek atok & neneknya pasal tak tido2 lagi.
nak dekat kul 2 pagi barulah senyap tapi kedengaran kedengkuran abg molly yang tak mengikut tempo tu aku abaikan...


...Keesokan pagi, makcik homestay tu tu dah siap buat sarapan.
Terhidang Kuih Badak dan Air Kopi. Sedap! (sume tu kene charge tau!)
Makan tengahari plak kitorang xorder dgn makcik homestay tu.
Kalau korang nak wat permintaan yang berbayar pada makcik homestay tu boleh...
mintak je nak suh masak makanan kegemaran lauk kampung
macam sambal ikan keli ke, ape2 je yang berasaskan kampung syle, bleh... 

...Tapi kitaorang masak sendiri buat menu ala2 barbeque gak! kurang kolestrol,
makanan sihat... hasil pancingan terutamanya ikan dari bendang di depan homestay tu menjadi mangsa  barbeque kitaorang sume.
Ahli2 jorannya adalah Juara Pertama-Ajat, Kedua-Ayah & Ketiga-Abang Jam dan terakhir abang molly yang kalah tanpa bertanding. (tido jer kerojenya!)
melihat keadaan hasil tangkapan yang tidak begitu memberangsangkan (comel2 belaka saiznya yang tak matching dengan saiz mulut kitaorang sume nih),
ayah menghulurkan bantuan tabung kelaparan sket suh ahli joran gi beli ikan tambahan di samping MENTARANG yang tak pernah kitaorang makan.
Sedap gak! (walaupun rupenye agak aneh tapi macam pernah kulihat!) ngeh, ngeh, ngeh..


...Sebelum balik, begambar kenangan la sket... tapi masing2 dah mengantuk..
so  xramai yang nak join. Papa & mama izz balik dulu.
Kyla join sekali pasal kyla kena balik hostel...
sempat gak lah singgah makan mee banjir kat tepi jalan untuk mengisi perut yang xberapa lapar tapi macam terasa laparlah plak bila ternampak perkataan MEE BANJIR tu
dengan GAMBARnya yang sangat menyentuh kalbu nafsu makan kitaorang...

.... so, memang percutian homestay yang menarik, ala2 balik kampung gitu!
walaupun bandarku kampungku di tengah bandar!
Nak cite la sket untuk info korang kalu teringin nak berhomestay di sini,
Depan homestay terbentang luas petak2 sawah padi @ lalang2, burung2 berterbangan, pokok2 hijau dan bermacam2 lagi..
Kat sini banyak homestay yang korang boleh pilih
antaranya di kawasan Kg. Sg. Haji Dorani ni yang pernah masuk dalam rancangan WHI.. harga plak terlupa nak tanya Kak Atie berape dia kene charge.
Ala...korang surf je dalam internet tu ... : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...