/ MY POOL 2.0 /

Khamis, 30 Januari 2014

/ Puri Labu & Epal! / ^^

Teruja!
bile tengok & baca
n3 para ibu blogger yang memasak
makanan untuk baby mereka.

lalu...
aku pun bersemangat lagi!
berkobar2! chaiyokk!!
nak masak untuk baby Irisku
guna air tanganku! aku boleyh!

Puri Labu & Epal

Bahan-Bahan:
1/4 labu
1 biji fuji epal

Cara-cara:
1. Kupas kulit labu & epal
2. Potong kecil2
3. Stimkan selama 10-15 minit
4. Kisarkan labu & epal bersama
5. Tambahkan sedikit EBM (Expressed Breast Milk).

Siap untuk stok 3 hari!


Sebelum ni
stimkan epal, keledek, pear, lobak, kentang
lenyekkan pisang, betik,
masak bubur nasi+lobak, bubur nasi+ayam blend!
masak oat blend etc.. etc..
sume tu xsempat pun nak captured ^^

tapi
ade gak beli nestum, beras merah, yogurt apple & beri etc..
wat stok, senang bancuh klu xsempat 
& klu nak jalan jauh2 pun ok gak kan.. 
tapi InsyaAllah nak buat yang terbaik untuk Iris!! ^^
Amin ~



Yummeh!! ^^

3 bekas simpan kat chiller untuk suapan hari tersebut.

Nak bagi kat pengasuh esok siap2 letak EBM. Then trunkan kat chiller.


Selasa, 28 Januari 2014

/ Khasiat Minyak Wangi Kasturi /

Wanginya bak Kasturi..
nama roll-on perfume ni
Misk Abiyad (White Musk a.k.a Kasthuri)
Free From Alcohol

Ole2 dari mak & ayah
memang aku suke baunya..
nampak macam murah je..
tapi mak aiii!!
boleh tahan
tersohor gak nama syarikat minyak wangi nih!

Google2 kat search engine
info minyak wangi ni kat sini dan kat sini

Dasyat gak..
Kelass gitew websitenya..
Qurbanperfumes namanya
established all over Europe, Middle East and Africa tuh..!!
tapi mak & ayah beli roll-on je la.. ^^
mereka telah membeli beberapa kotak
untuk diagihkan sebagai buah tangan a.k.a ole2
kepada anak & cucu, sanak saudara
sahabat handai dan jiran tetangga...

Dapat info pasal minyak wangi Kasturi ni kat sini.
Terima kasih ya.. mohon share! ^^











Minyak Wangi Kasturi



Di antara minyak wangi yang paling disukai oleh orang Islam ialah minyak wangi kasturi, dan ia juga biasa digunakan sebagai perisai untuk mempertahankan diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus selain daripada untuk menikmati kewangiannya.

Allah menyebut wangian kasturi ini dalam kitab suci al-Quran. Dalam Surah Al-Mutaffifin Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti [dengan taat dan amal kebajikan], tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berihat di atas pelamin-pelamin [yang berhias], sambil melihat [segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ]. Engkau dapat melihat pada muka mereka:cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya. Meterainya kasturi;- dan untuk [nikmat kesenangan] itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang merebut kelebihan dan kesenangan”. Al-Mtaffifin:22-26.

Baginda Rasulullah S.A.W. juga menggemari minyak wangi kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”.
(Hadis riwayat Muslim)
Biasanya wangian kasturi ini diperolehi daripada sejenis musang jebat yang dipanggil musang kasturi [rase].
Selain itu ada sejenis pokok yang batangnya berbau wangi, iaitu kuay kasturi.

Khasiat Minyak Kasturi

Minyak kasturi memang mempunyai banyak guna. Ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh ilmuan-ilmuan Islam, terutama Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyya r.a. Antara khasiatnya mengikut MUTIARA HIJRAH ialah:

1.Memberi kekuatan kepada roh.
2.Menenangkan jiwa [hati].
3.Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
4.Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
5.Menghilangkan debaran jantung.
6.Menghilangkan sesak nafas.
7.Melegakan lelah [asma].
8.Menyedarkan orang yang pengsan.
9.Memperkuatkan organ [anggota] luaran.
10.Memperkuatkan organ dalam tubuh.
11.Menghilangkan kegementaran tubuh.
12.Menghilangkan sejuk tubuh.
13.Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.
14.Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.
15.Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.
16.Menjernihkan mata putih pada mata.
17.Berfungsi memelihara kesihatan secara menyeluruh.
18.Menghindarkan wabak penyakit.
19.Dapat melanjutkan usia.
20.Meredhakan Allah, disukai para malaikat dan orang2 soleh, sebaliknya 
dapat mengusir syaitan dan kuncu-kuncunya.



(sesungguhnya segala ilmu & rahsia itu milik Allah)

Sedikit Info 4 sharing..



Wangian lelaki 
Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dansebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul:
1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- 
Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia
1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.”
(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya.
(hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian wanita
Di luar rumah atau bersama orang yang bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas.
Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga dihidu oleh lelaki yang bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada 
sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan.
Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehingga dihidu oleh orang sekilingnya.
Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah
Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini.
Anas r.a menceritakan :
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.
(Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah
(Hadis riwayat Abu Daud – sanad hasan).
Makruh menolak pemberian wangian
Jika seseorang diberi wangian seperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya.
Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari).
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hadis riwayat Muslim)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...