/ MY POOL 2.0 /

Jumaat, 25 Mac 2011

/ Beskal baru! beli lama dah.. /

. cubaan untuk memberi pelbagai pendidikan melalui aktiviti dalam kehidupan seharian adalah motif utamaku untuk membeli basikal BMX (cap ayam je..) yang comel untuk Izz. Lama gak men'survey' beskal Izz ni.. Ciri2 basikal yang dicari adalah berdasarkan:-
1. harga yang berpatutan
2. design yang sesuai
3. ketahanan basikal
4. bla.. bla.. bla..
5. bli.. bli... bli..

Survey2 yang telah giat dijalankan oleh mama&papa Izz hampir-hampir 2 bulan lamanya (gila fussy!):-
Kat Giant: hmm..ade promosi & kene pasang sendiri, cam xkukuh je..(survey yg lain dululah!)
Kat Tesco:aa..design & kaler macam jambu2 je, xnampak macho macam Izz daa.. tett!! (x sesuai!)
Kat Carre4: emm.. design amat menarik & harga terlebih berbaloi, xbaik  membazir.. budak makin membesarkan...(reject!)
Kat kedai2 basikal berhampiran: Ntahlah susah nak cite.. mata sume cam xberkenan... (tunggu dululah..)

Akhirnya, survey punya survey, berkenan dah sangat mata kitaorang ngan basikal ni.. harga memang patut & berbaloi2! design pun menarik & hampir 80% diperbuat daripada besi aloi. (ntah, ingat2 balik, papa bagitau daripada besi, besi ape tah! aku tulis je lah besi aloi =) )
Hasil carian beskal : Kedai Basikal Ah Goh (lupa arr lagi, pasal beli lama dah..)

Lokasi kedai : Deretan kedai yg berhadapan Flat Pandan Dalam sblh Gerai Batu tepi ade bangunan Naza.

(psstt.. papa bgtau pernah beli beskal kat kedai auntie ni masa umurnya 10 thn dulu. rata2 design beskal kat kedai ni agak rare untuk didapati & juga agak laris orang membelinya)

Inilah dia basikal baru beli dah lama yang aku gembar-gemburkan seperti tajuk di atas tu. tadaa..! menarik tak? ini dah cukup menarik bagi mama&papa Izz walaupun cap itik! janji Izz pandai kayuh beskal kan.... = )

Khamis, 3 Mac 2011

/ Cari Madu Tualang ORI Gred A1? ( Siri 4 ) /


Sarang Lebah Di Dahan Pokok Tualang
 ----------------
SIFAT-SIFAT MADU DARI HUTAN LIAR
Ia tidak lut sinar (transparent) kerana madu liar mengandungi debunga dan ia tidak semestinya berwarna keemasan. Warna madu liar akan bertukar kepada lebih gelap apabila disimpan semakin lama. Apabila madu liar digoncangkan ia akan menghasilkan buih-buih kecil. Madu liar berbau pati bunga dan tapai, masam-masam dan kemanisan yang semulajadi. Madu liar tidak mengandungi unsur air tambahan walaupun sifatnya sedikit cair, jika diuji ke dalam freezer ia tidak akan membeku tetapi hanya lebih pekat (dilarang menyimpan madu di dalam peti sejuk kerana akan merosakkan kualiti madu. Simpanlah madu pada suhu bilik). Apabila madu diminum terasa seolah 'menyengat'/sedikit perit tekak dan kadang-kadang seperti mahu 'berdehem'.


-----------------------------



ALAM MADU ENTERPRISE
27, Lorong Melati Permai, Pinggiran Rahman Putra,
Sungai Buloh, SELANGOR D.Ehsan

HARGA MADU TUALANG
1/2kg = RM 58
1kg = RM110

/ Cari Madu Tualang ORI Gred A1? ( Siri 3 ) /



KHASIAT PERUBATAN TRADISIONAL MADU LEBAH
-------------------------------------------------------

* Sakit pinggang (Lemah Tenaga lelaki)
-1 sudu madu + 1 ulas bawang merah ditumbuk hancur + 1 biji kuning telur ayam kampung

* Darah tinggi
-1 sudu madu + 1 biji mentimun dihancur utk 2 gelas air + 1/2 perahan air limau nipis.

* Kencing manis
-1 sudu madu 2 kali sehari dan berhenti makanan bergula.

* Lelah / Asma
-1 sudu madu + 1 gelas air krim soda.

* Kurang Darah Merah
-1 sudu madu + 1 gelas susu lembu segar.

* Kanak-kanak kecacingan
-1 sudu madu+ 1/2 sudu biji sawi.

* Luka dan Melecur
-Sapu madu 2 kali sehari.

* Sakit Mata
-Titiskan setitik madu di dalam mata 2 kali sehari.

* Batuk/Selsema/Berkahak

* Wanita Bersalin
-Mengecutkan peranakan

* Awet Muda
-jangka masa panjang madu melambatkan proses penuaan.

/ Cari Madu Tualang ORI Gred A1?? ( Siri 2 ) /




KHASIAT-KHASIATNYA :-
- Menyembuhkan masalah gastrik.
- Menghilangkan masalah cepat lesu, mudah lenguh dan bisa sendi.
- Sebagai bahan utama rawatan santau.
- Menambahkan keinginan 'suami isteri'.
- Masalah kudis kanak-kanak.
- Memudahkan mendapat zuriat.
- Awet muda.
- Menghilangkan ketagihan dadah.
- Menghilangkan kahak.
- Memutih dan menguatkan gigi.
- Menghilangkan kesan terbakar pada kulit.
- Menguatkan badan bagi yang berumur.
- Menguatkan antibodi badan (antioksidan).

TESTIMONI
* Kajian Saintifik
Dalam satu persidangan 'World Apiculture Conference' yang diadakan di China pada 1993 mengenai khasiat MADU LEBAH, seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan MADU LEBAH untuk merawat 2094 pesakit katarak mata & mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Manakala doktor-doktor dari Poland pula telah memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan MADU LEBAH dalam merawat penyakit buasir, penyakit kulit dan sakit puan. Di dalam buku Folk Medicine The Honey and Cider Vinegar Way To Health mendapati MADU boleh dimanfaatkan terhadap 1001 jenis penyakit serta masalah dan begitu juga pendapat pengamal Naturalpathy/homeopathy sepakat mengiktiraf MADU berkesan menyembuh pelbagai penyakit.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di kedai-kedai buku:-
MADU LEBAH 'PENAWAR PENYAKIT ZAHIR DAN BATIN'
karangan Ahmed Lathiff Md. Firdaus

Eksiklopedia - Rawatan Penyakit Dengan Madu Lebah
karangan Abdullah Al-Qari Hj. Salleh.

Selasa, 1 Mac 2011

/ Cari Madu Tualang ORI Gred A1?? ( Siri 1 ) /



CARI MADU TUALANG GRED A1??
>>> Jawapan : Saya Ada! Nk order? YM-lah saya!! : )

KL & Putrajaya Area


DIJAMIN ASLI 100% PURE GUARANTEED!!
Madu Tualang Tua Gred A1
(Royal Black Honey: 70%-100% matang kehitaman semulajadi di dalam sarang)
------------------------------------------------------------------------TUALANG adalah sejenis nama pokok balak hutan hujan khatulistiwa. Anggaran tinggi pokok tualang ini sekitar 80 - 100 meter dari paras bumi.

MADU LEBAH TUALANG (hutan tropika) adalah satu daripada 3 jenis madu yg TERBAIK dan PALING TINGGI KHASIATnya di dunia. Madu ini dihasilkan oleh lebah 'Giant' hutan tropika yang dikenali sbg Lebah Sialang/Apis Dorsata juga disebut Lebah Tualang.

Kajian dr makmal UPM mendapati madu lebah tualang 2X lebih berkhasiat dari madu hutan kampung dan 5X lebih berkhasiat dari madu ternak/bela.

Prof. H.A Schuette (University of Winconsin) menyatakan madu yg lebih gelap dan kehitaman adalah yg lebih baik kerana lebih tinggi zat galian (Cu, Fe, Mg).

Madu Lebah Tualang ini mengandungi lebih debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim yg semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah yg dipelihara/diternak @ madu lebah pinggiran kampung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...