/ MY POOL 2.0 /


Selasa, 1 Mac 2011

/ Cari Madu Tualang ORI Gred A1?? ( Siri 1 ) /



CARI MADU TUALANG GRED A1??
>>> Jawapan : Saya Ada! Nk order? YM-lah saya!! : )

KL & Putrajaya Area


DIJAMIN ASLI 100% PURE GUARANTEED!!
Madu Tualang Tua Gred A1
(Royal Black Honey: 70%-100% matang kehitaman semulajadi di dalam sarang)
------------------------------------------------------------------------TUALANG adalah sejenis nama pokok balak hutan hujan khatulistiwa. Anggaran tinggi pokok tualang ini sekitar 80 - 100 meter dari paras bumi.

MADU LEBAH TUALANG (hutan tropika) adalah satu daripada 3 jenis madu yg TERBAIK dan PALING TINGGI KHASIATnya di dunia. Madu ini dihasilkan oleh lebah 'Giant' hutan tropika yang dikenali sbg Lebah Sialang/Apis Dorsata juga disebut Lebah Tualang.

Kajian dr makmal UPM mendapati madu lebah tualang 2X lebih berkhasiat dari madu hutan kampung dan 5X lebih berkhasiat dari madu ternak/bela.

Prof. H.A Schuette (University of Winconsin) menyatakan madu yg lebih gelap dan kehitaman adalah yg lebih baik kerana lebih tinggi zat galian (Cu, Fe, Mg).

Madu Lebah Tualang ini mengandungi lebih debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim yg semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah yg dipelihara/diternak @ madu lebah pinggiran kampung.




<< MADU LEBAH>>
Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah.
Firman Allah: (Q:16:68-69)
Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

Nabi S.A.W bersabda:"Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran. Madu untuk mengubat penyakit jasmani dan Al-Quran untuk mengubat penyakit rohani".

Sayyidah Aa'isyah dengan tegas berkata:"Adalah minuman yang digemari Rasulullah S.A.W ialah madu".

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah:"Dan sesungguhnya adalah Rasulullah S.A.W minum madu secara bersahaja dengan air kosong sebelum sarapan pagi".

Ibnu Sina:"Sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan".

Ibnu Juraih:"Hendaklah kamu meminum madu kerana ia sangat baik untuk menguatkan daya hafiz (ingatan)".

Ibn Mājjah:-ءِ لَ بَْا نْ مِ ٌيظِ عَ هُ بْص ِ َُْرٍْشَ ّكُ تٍ اوَدَغَ ثَ لَ ََسََ ْاقَ َِنْمَ
Maksudnya: Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.

-------------------------------------------------------

KESIMPULAN

Kesemua makhluk yg terdapat di alam ini merupakan ciptaan Allah Yang Maha Agung. Kita sebagai hambaNya yg diberikan akal fikiran utk merenung serta berfikir akan kekuasaan Allah sebagai pencipta bg semua yg terdapat di alam ini hendaklah bersyukur dgn nikmat dan kurnia yg diberikan.

Kita diberikan makanan untuk meneruskan kehidupan di samping membuat amal kebajikan serta beriman kepada Allah. Semua ini adalah sumber rezeki drpd Allah utk hambaNya. Oleh itu, kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa bersyukur dgn apa yg di kurniakan kpd kita. Semoga kita tergolong dlm golongan yg mensyukuri nikmat dan pemberian Allah. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...