/ MY POOL 2.0 /


Rabu, 1 Ogos 2012

/ Kuih Keria Edisi yang TerULUNG /

n3 ini amat berkaitrapat dgn n3 sebelum ini iaitu...
 / Mencucuk & Menanam /

Sonoknye tak terkata! keledek hasil cucuk & tanamku, benih pemberian mak tu.. dah beranak-anak keledeknya! (Betul ke ayat aku nih?)

Sronok, sronok gak tapi kompius memikirkan ape yang aku leh masak dari hasil tanaman ini. Aku suka keledek tapi bukanlah feberet dan bukanlah makanan kegemaran my hubby. Kalu Izz, saya bleh training dia supaya suka makan keledek.. ^^

Hmm.. dalam kotak mindaku hanya ada 2 jenis kuih yang senang-lenang untuk dibuat iaitu :-

Kuih Cek Mek dan Kuih Keria

Hasil undian kata-kata hatiku adalah.. Kuih Keria !
Lepas ni nak try plak wat Kuih Cek Mek untuk Mek! ^^

Bahan-Bahan:
3 biji ubi keledek
Sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus
1 cawan tepung gandum
3 sudu gula dan air
 
Cara Membuat:
1. Rebus ubi keledek bersama garam & air hingga empuk
    (aku potong kecil2, cepat empuk!)
2. Toskan dan lenyek ubi keledek
3. Masukkan tepung sedikit2
4. Bulatkan dan goreng sehingga kekuningan
 
Sira Gula:
1. Masukkan gula & air dalam kuali dengan api perlahan
2. Kacau hingga gula larut & pekat 
3. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi 
4. Kacau hingga kuih keria bersalut dengan gula.
 
Siapp!!
 
Kronologi pembuatan Kuih Keria yang TerULUNG!!



 
gambar hasil paksaan dari mama Izz! ^^


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...