/ MY POOL 2.0 /


Jumaat, 2 Oktober 2009

~:: contest wansteddy : love teddy bear! ::~

@ directlink
http://mummynaliya.blogspot.com/2009/09/contest-wansteddy-love-teddy-bear.html


Contest bermula 10 september hingga 15 oktober 2009

Dh tau syarat2 wansteddy contest....
1. Dh jd follower wansteddy.
2. Dh taruk link blog wansteddy kat bloglist.
3. Dh tepek banner contest wansteddy kat sidebar blog.
4. Dh wt 1 n3 brtajuk contest wansteddy: love teddy bear.
5. Dh berikn jwapan ya atau tidak samada meminati teddy bear.
6. Dh tepek gmbr yg paling sukai, gmbr jelas, meletakkan gmbr brsama teddy bear.

7. Dh ceritakn knapa sukakn gmbr trsebut.

Dah tau hadiahny akan beritahu &  berkaitan dengzn teddybear.



...gambar ni telah disnap oleh papa Izz (paparazzi). Kenapa saya sukakan gambar ini? Pasal ade cerita di sebalik gambar tersebut yang mendebarkan serta lucu bagiku.. Ceritenya begini...

Kejadian berlaku pada tahun lepas semasa beraya ke rumah Pakcik Dollah. Family 'Pak Eteks' yang sedang rancak berbual sambil menjamu selera, tiba2 mama Izz baru terperasan yang Izz tidak ada bersama..  meggelabah & melilau mata mama & papa mencari kelibat Izz. Luar rumah, ruang tamu, terjah dapur. Akhirnya  terpaksa menyelak langsir bilik, walaupun bukan niat dihati nak suke2 terjah bilik orang.. dan ternampaklah kelibat Izz dalam bilik yang sedang asyik masyuk mencium & memicit2 geram teddybear kepunyaan anak dara kecil cik dollah.

Lega hati.. apalagi.. aksi menarik itu pun dirakam sebagai kenangan oleh kamera papa yang sentiasa di sisinya. Actually, sejak kecil memang Izz gemar sangat tengok teddybear xkire kecil atau besar...

Bermula dari kejadian tu mama&papa bertekad untuk mengubah kegemaran Izz yang geram terhadap teddybear.. yelah... pssstttt! macam jambu la plak budak lelaki suke teddybear.. Apalagi trus bli stok mainan lelaki.. motor, kereta, trak, lori, bas, ambulans, aeroplane sume ade.. sampai sekarang Izz xterlepas membawa sume stok kenderaan bermotor tu ke mana2..

Tapi ape pun mama Izz memang meminati teddy bear dan sukakan teddybear besar yang telah papa hadiahkan pada besday mama yang ke-22 kot.. pssttt.. teddybear tulah yang buatkan Izz start mengerami sume bear2 yang lain... sejarahnya.. huhuhu 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...