/ MY POOL 2.0 /


Rabu, 21 Oktober 2009

~:: Yey! Balik kampung ke Golden Sand... ::~

17/10/2009 (Sabtu)
11.00 pagi - Drive dari K.L menuju ke Pasir Mas, Klate... operasi singgah menyinggah kerap dijalankan. Almaklumlah... mertua ikut sekali. 5 org 1 kereta termasuk Izz.
9.30 malam - Sampai di Pasir Mas menuju ke rumah Moksu Dah. Bermalam di sana. Sempat menjamu kuih raya yang sedap2! Tido dalam kelambu.. Izz sangat seronok!





18/10/2009 (Ahad)
7.45 pagi - Sarapan Nasi Berlauk, Nasi Kerabu & Pulut Pagi. Moksu Dah belikan di tepi simpang. Lauk dan nasinya banyak & sedap!! Terus menuju ke rumah Kak Yah.
1.10 tengahari - Ke Majlis Perkahwinan anak Paksu Roni. Tumbang lembu. Masak kurma + Kari. Fresh & sedap! Berselera Izz makan..
2.00 petang - Ke Pekan Pasir Mas. Gunting rambut Izz.
6.30 - Bermalam di rumah Kak Yah pula.




19/10/2009 (Isnin)
7.45 pagi - Sarapan Nasi Kerabu & terus menuju ke Pejabat Jajahan Pasir Mas untuk menjalankan misi utama ke sana.
12.00 tghari - Ke Kota Darul Naim. Singgah sebentar di Pasar Siti Khadijah untuk makan ringan tengahari & membeli sedikit buah tangan.
2.30 petang - Kembali ke Pasir Mas dan memenuhi jemputan makan tengahari di rumah Kak Mah.
4.00 petang  - Singgah ke rumah Paksu Roni & Cikgu. Berbincang mengenai misi utama ke sana.
6.30 petang - Pulang ke rumah Kak Yah.
8.30 malam - Memenuhi jemputan makan malam di rumah banglo Kak Pah & berbincang mengenai misi utama ke sana.
12.30 malam -  Pulang ke rumah Kak Yah dan tidur yang xberapa lena pasal Izz terjaga pukul 3 pagi mahukan 'lion'nya. Cari dalam kereta xjumpa rupanya tertingal di rumah Kak Mah. Akhirnya Izz tertidur keletihan sambil minum susu botol..


20/10/2009 (Selasa)
7.30 pagi - Bersarapan Nasi Dagang.
8.30 pagi - Bertolak ke Kota Bharu menyelesaikan sedikit misi utama di sana dan terus ke Kuala Lumpur. Singgah sebentar di Kuala Krai membeli tambahan buah tangan untuk ibu dan & ayah sekeluarga.
9.00 malam - Tiba di rumah. Penatnya! nak kene kemas baju, basuh baju, bla..bla.. letihnya... TIDUR!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...