/ MY POOL 2.0 /


Jumaat, 20 Disember 2013

/ dari Dapurku Vol. 6 - Breaded Sausage Roll /

selalu breakfast
time kerja, trun cafe kat lobby
hari2 terpandang benda alah ni
kadang2 bawak Izz..
benda alah nilah yang dia tunjuk suh beli

hmmm...
search resepi wat benda alah ni
rupanya senang gilerzz nak buat
cuma rajin dengan malas je yang membezakan
kewujudan benda alah ni huhuhu...
mudah, leh wat sendiri kat dapur anda

meh kongsi, resepi yang mudah ni, cuma perlukan...

Bahan-bahan:
1. roti gardenia
2. breadcrumb (leh beli kat kedai kek)
3. telur (dipukul manja) ^^
4. hotdog (distimkan terlebih dahulu-ikut suka)

Cara membuatnya:
1. leperkan roti (gilingkan guna mug jew!)
2. gulungkan roti bersama hotdog. gamkan roti, gunakan secalit telur
3. celopkan roti dengan telur
4. taburkan breadcrumb ke seluruh roti yang telah di gulung
5. goreng guna minyak yang panas sehingga kekuningan

Siap!!
leh letak cheese kat dalam roti klu suka!
pandai2lah korang olah sendiri resepi klu nak lagi sedap..

tara...
sedap dimakan panas2 bersama sos cili Thai... ! ^^



tambah wat meatball, skali jalan guna breadcrumb tu..! ^^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...