/ MY POOL 2.0 /


Selasa, 11 Februari 2014

/ Qari Fatih Seferagic, Hos Baru Reflections! /

Tengok rancangan ReflectionS
TV Al-Hijrah 
Dah tukar hos baru
sebelum ni hos Imam Shuib Webb
sekarang dah bertukar hos..

Qari Fatih Seferagic
boleh tahan..
Sejuk mata & hati tengok & dengar rancangan ni
Sedikit info tentang Qari Fatih Seferagic..



** Gambar dari Sumber
 


























Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995, kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore.

Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman.
Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat  ketika berusia 4 tahun.
Beliau sekarang menetap di Baltimore.
Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari  Abid.

Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.

Dengarkan kelunakan suara Imam Muda Bosnia Fatih Seferagic yang mengimamkan solat Tarawikh.
Mudah - mudah akan lahir 'Fatih Seferagic' di kalangan Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah , Insya-Allah.

Alhamdulillah. Fatih Seferagic dah pun selamat mendirikan rumah tangga.
Mesti frust habis awek-awek hijabista yang minat sangat kepada Fatih Seferagic yang hensem nih.
Walaupun masih muda, dan baru berusia 18 tahun pada tahun ini, itu semua tak jadi penghalang kepada Fatih Seferagic untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Gambar di bawah ini adalah gambar isteri beliau, yang tak pula dinamakan.
Tapi gambar ini dipost sendiri oleh Fatih Seferagic dalam akaun Twitter nya sebaik saja dia selesai bernikah dengan status "me and my wifey".
Comey, secocok! Apa-apa pun, alhamdulillah, tahniah! Mubarak!

*** Gambar dari Sumber
 




Populariti Fatih Seferagic mula melonjak di peringkat global apabila video-video bacaan Al-Quraan nya mula tersebar di Youtube.
Dengan pakej yang lengkap, muka hensem, suara sedap, dan penghafaz Al-Quraan, maka dengan mudah sekali, Fatih Seferagic mengumpulkan peminat-peminat di seantero pelosok dunia, terutamanya dalam kalangan belia Islam.

Kalau nak dengar suara merdunya kat sini.
Dapat info kat sini dan kat sini.
Terima kasih ya.. ^^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...