/ MY POOL 2.0 /


Isnin, 24 Februari 2014

/ dari Dapurku! Vol.9-Blended LimauMandarin Cake /

Itu hari
Chinese New Year
En Hubby dapat banyak gilerz limau mandarin
ade lebeyh nih?!
nak makan banyak kang..
cirit birit plak kang Iris pasal menyusu badan..

So,
conclusion..
try wat kek lah!
macam biasa cari resepi kek oren...
jumpe!!

Blended Limau Mandarin Cake! ^^

Bahan-bahan :-
  • 1 bji buah limau mandarin
  • 1 cawan minyak (ganti dengan mentega cair + 3 sudu besar minyak masak)
  • 2 cawan gula halus (1 cawan penuh)
  • 3 biji telur (telur gred A)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
  • 2 sudu besar pati oren sunkist
Cara-cara :- 
  • Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. 
  • Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus. Parut sedikit kulit limau.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
  • Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.










Nak share sket kebaikan makan limau mandarin nih...



Klu makan limau nih, jangan buang yang putih2 lekat kat isi tu, makan sekali sebab benda yang putih tu akan menyejukkan badan. Orang cina citer..



Khasiat Buah Sitrus

TIADA siapa dapat menafikan hakikat bahawa buah sitrus yang rasanya masam mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Buah sitrus ialah jenis limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut mahupun limau mandarin.
 
Ia boleh dimakan segar, diperah untuk dijadikan minuman, bahan dalam masakan atau diparut sebagai perisa kek, kuih-muih atau bahan perapan.

Umumnya, semua maklum buah ini kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.

Vitamin C bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka.


Buahan sitrus juga :

  • baik untuk kesihatan jantung, penglihatan
  • mengurangkan risiko penyakit kanser
  • Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan
  • membantu mengawal tekanan darah
  • mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita
  • membantu perkembangan otak janin
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Bagaimanapun, jika dimakan berlebihan, ia mendatangkan keburukan. Kanak-kanak misalnya gemar menghisap atau mengemam buahan sitrus di dalam mulut dalam tempoh lama.

Tabiat itu boleh menyebabkan mineral penting pada gigi terjejas, di samping menghakis permukaan luar gigi disebabkan kandungan asid tinggi dalam buahan sitrus. Akibatnya, gigi menjadi sensitif atau mudah ngilu ketika makan makanan atau minuman sejuk.

Pencuci mulut, kek atau puding daripada buahan sitrus sememangnya membuka selera kerana mempunyai gabungan rasa manis dan manis. Apapun, pengambilan berlebihan selain tanpa penjagaan gigi yang baik boleh menyebabkan kerosakan gigi, terutama di kalangan kanak-kanak. Ini kerana, sisa manisan yang terkumpul di dalam mulut menyebabkan karies gigi.
 
Penjagaan gigi dan gusi yang baik dapat mencegah daripada kerosakan gigi. Amalan itu perlu diterapkan sejak kecil dengan meminta anak berkumur selepas makan manakala gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur. ^^

Share info ini kat sini.
Thank you ya..^^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...