/ MY POOL 2.0 /


Jumaat, 24 Januari 2014

/ dari Dapurku! Vol. 7 - Puding Roti Pelangi! ^^ /

Roti banyak lagi nih..
nak bikin ape nih?
nak wat goren2 dah muak..
haa... teringin manis-manisan
mesti Abg Izz pun suke.. ^^

Godek2 dalam hp
Haa... ade banyak resepi puding!
nak cuba, try, testlah resepi Puding Roti Pelangi ni...
macam sedap je! macam cantekk je puding kaler2!  ^^
download kat dalam Playstore hp
bagus gak Playstore Android ni
macam2 bleh download free
maklumat di hujung jari 
tu yang best! ^^

Maka terhasillah... tarrrraaaa!
Puding Roti Pelangi Pastel Color!
ade bubuh kaler hijau tapi mana peginya kaler itew??! Musykil! ^^
Kalu rase2 nak nampak meriah kaler puding tu
pandai2lah tambah pewarna lebey sket arr!! 


Nom! Nom! Nom! Alhamdulillah ^^ ~
Memang mudah sangat membuatnya
Ini baru kali ke 2 aku wat...
1st time buat dah dapat pujian sedap dari anak buah
2nd time buat macam jadi kaler2 pastelah plak...
ishk! kene buat 10 kali ni, baru terer!
tapi janji sedap dan kenyang kan Abg Izz?

Bahan-Bahan :

4 Keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8 gram serbuk agar2@ sepeket
1/2 cawan gula (bleh kurangkan)
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air = (guna cawan biasa 230ml)
pewarna merah, kuning & hijau (terpulang masing2)

Cara-cara:

1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 & gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi 1/2 cawan.
3. Kemudian masukkan bahan blend ke dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
4. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih.
5. Bahagikan kepada 3 bekas, masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
6. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang.
    Kemudian ambil sesenduk warna merah, tuangkan di atas warna hijau tadi.   
    Biarkan puding bergerak sendiri ke tepi. Tak perlu ratakan atau kacau.
    Ulang semula kaler merah dan buat hingga habis. Ketika melapis/memarblekan 
    hendaklah dengan cepat sebab puding/agar2 mudah sejuk@membeku.
7. Siap! Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.

    Enak dimakan ketika puding masih sejuk!!! ^^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...