/ MY POOL 2.0 /


Rabu, 15 Januari 2014

/ Kacang Walnut? Ole2 dari China! ^^ /

Dapat Ole2 dari China
Boss beri, boss baru balik outsation.



First time dapat makan kacang walnut
yang blom dikeluarkan dari kulitnya
xtahu pun yang sebenarnya biji besar tu kacang walnut

Rasanya?
memang sangat lemak2 tawar kacangnya!
sedap!
Terima kasih incik Boss!!
Terbaekkk!!



Sedikit info mengenai Kacang Walnut
Copy & Paste kat sini dan sini
Kredit pada mereka. Tq 3x!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kacang walnut kaya dengan vitamin B6. 
la penting untuk pembentukan protein dalam tubuh badan,
keseimbangan hormon dan fungsi-fungsi pelalian.

Selain vitamin B6, walnut juga kaya dengan vitamin B1
yang juga dikenali sebagai thiamine dan juga asid folik
Vitamin jenis ini penting untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi.
Ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan mangan yang penting untuk menguatkan saraf.

Anda tidak perlu risau kerana
kandungan kalorinya lebih rendah daripada kacang pecan atau kacang macadamia. Kandungan lemaknya pula lebih rendah daripada kacang Brazil,
tetapi kandungan proteinnya dua kali lebih tinggi.

Amalan memakan walnut enam kali seminggu
boleh men­gurangkan risiko diserang sakit jantung,
sekali gus meman­jangkan usia.

Apakah rahsianya?

Kacang walnut mengandu­ngi asid lemak mono tepu (monosaturated fatty acid)
yang menurunkan paras kolesterol.
Ia juga kaya dengan vitamin E, sejenis bahan antioksida yang melindungi jantung, sekali gus menghindarkan serangan sakit jantung.

Pada zaman dahulu,
kacang walnut digunakan dalam perubatan tradisional oleh orang-orang Inggeris untuk mengubati kudis atau kulit yang melecet.
Kaedahnya ialah dengan menumbuk kacang walnut hingga lumat
kemudian campur dengan sedikit mentega lalu
disapu ke bahagian yang berkudis sebanyak dua kali sehari.
Lakukan selama empat hari dan kudisnya akan sembuh.

Selain berguna dan bermanfaat kepada beberapa penyakit
walnut juga baik untuk menghindari penyakit barah,
menurunkan paras darah tinggi, baik untuk golongan diabetes,
melindungi arteri dan menguatkan tulang.

Dalam walnut terkandung omega-3 yang boleh membantu menguatkan tulang.
Selain itu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan
bolehlah makan walnut berbanding kekacang lain.
Pokok walnut dipercayai ditanam seribu tahun lalu
dan mempunyai bermacam-macam jenis pokok
bergantung tempat asal ia ditanam.
Bangsa Roman mula memperkenalkan pokok walnut
di seluruh Eropah dan ia banyak ditanam sehingga sekarang ini.

Walnut pernah menjadi makanan utama
bagi kaum Red Indian Amerika dan
juga kolonial yang mula-mula menjelajah dan
membuka negara Amerika Syarikat.
Sekarang ini walnut ditanam secara komersil di Amerika Syarikat, Turki, China, Iran, Perancis dan Romania.

Diet yang kaya dengan kacang dan minyak  walnut

boleh membantu badan menangani tekanan dengan lebih baik.
Menurut pasukan penyelidik dari Penn State,
walnut boleh mempengaruhi tekanan darah pada masa rehat dan sewaktu stres. 

Kandungan omega 3 dalam walnut dikatakan sangat baik untuk kesihatan otak.
Ia juga boleh menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkat kadar HDL.  

Makanan ini juga boleh mengurangkan c-reactive protein dan petanda lain keradangan/inflammation.
Walnut juga boleh memberi manfaat pada sistem jantung serta peredaran darah dan juga pada saluran darah untuk bertindak balas kepada pelbagai rangsangan dengan cara yang sihat

Walnut juga sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan dan boleh juga membantu mencegah kanser, khususnya kanser prostat dan payu dara

serta kencing manis.
Memandangkan antioksidan yang pelbagai dan
anti radang yang terdapat dalam walnut,
ia juga boleh membantu pada kesihatan tulang.

Selain daripada khasiat tersebut ada kajian
mendapati lelaki yang mengambil 75g walnut setiap hari
sebagai makanan tambahan kepada diet
mempunyai peningkatan dalam kualiti air mani
berbanding dengan lelaki yang tidak makan kacang..

Untuk bacaan tambahan:-

Seven Great Benefits of Walnut oil

Walnuts ‘ Combat unhealthy fats’
Why walnuts could help men become dads

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...