/ MY POOL 2.0 /


Rabu, 6 November 2013

/ dari Dapurku Vol. 2 /

Ini kali
try, test nak bikin pizza simple sendiri lagi

Al-Kisah...
abangku pernah kerja bawak lori
yang mengangkut bahan-bahan mentah untuk buat pizza untuk kedai pizza hut,  xsilap aku, klu silap, silaplah aku ehehe!
ade tepung pizza, bahan-bahan sos seperti mayo, pickel dan macam2 lagi lah
aku pun dah xberapa nak ingat

dengan bahan2 itu aku try test wat pizza sendiri
jadik!!! itu dulu 8 tahun lepas
siap wat banyak untuk menu harijadi
sampai pakcik aku xpercaya aku wat sendrik
biasa beli je, yelah... mana reti nak wat zaman tu, semua pulun, licin!
kembang kempis gak la hidung aku dipuji pizza yang sedap time tuh
Tammat...

Pizza Simpleku

So,
Langkah Pertama
nak wat pizza, kene wat base dulu
resepi ni aku download guna AppStore Androidku

Bahan2 untuk Topping

Daging Kisar
Sos spagetti
2 ulas bawang putih (dadu kecil) aku suke letak berulas2!
1 biji bawang tomyam (dadu)
1 1/2 sudu cili
Sosej dipotong serong 

Bahan2 Untuk Doh
3 cawan kecil tepung
1/2 paket yis
1 sudu margerin dicairkan
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 cawan air suam


Cara wat Inti (Topping)
Tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi
Masukkan cili hingga sedikit garing
Masukkan daging kisar
Masukkan Sos spagetti bila daging suda masak
Masukkan sosej
Tambahlah pe2 serbuk lada hitam ke, ikut suka2 hati u lah
Masak hingga pekat & ketepikan

Cara wat Doh:
Gaul rata bahan untuk doh hingga lembut
Alaskan doh dengan sedikit minyak
Tutup dengan kain lembap biarkan naik 2x ganda
Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin
Ulang 2-3x klu nak doh yang kembang & selembut sutera ehehehe..

Bulatkan adunan dan leperkan mengikut saiz yang anda mahu

Cara Hias Pizza:
Sapukan dengan inti (topping)
tabur dan hiaskan pizza anda dengan bahan2 lain yang anda suka
letak bawang hiris, cheese, cili merah potong, sos cili, thousand island, mayo etc.
Bakar dalam oven. agak dalam 10-15 minit.
Siap untuk  dingaaapp !!

Ini dia n3 pasal Makan & Makanan Vol. 2
Makanan yang 'Saya Masak Sendiri'
Air tanganku.. dari Dapurku untuk family Kecilku.
tada.... ^^


Pizza Simple!

Macam biasa,
Abg Izz menjadi model paksa rela dariku... eheheh!

Bissmillahirrahmannirrahim~


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...