/ MY POOL 2.0 /


Khamis, 14 November 2013

/ Mencucuk & Menanam? Vol. 3 /

Dah naik semak kutengok!
sekangkang kera kebunku nih
lalang2, pokok2 tumpang
pun dah naik sama tinggi dengan pokok yang aku tanam

masa pregnant & waktu berpantang
xtersentuh sekangkang kera kebunku
malas ade, xlarat pun ade..

lepas pantang
balik semula ke rumah??


MasyaAllah..!

dan menjalar2 daun pokok keledek
yang naik atas pagarnya..
yang menjalar sampai terjuntai2 kat tangga
mak aiii...
nak kene trim sume pokok2 nih

Apa lagi panggil pembantu setiaku

Abg Izz...
Jom tolong mama potong pokok2!
gunting, plastik beg hitam, penyodok, baja tahi kambing, watering scan
Siaapppp!!
Ops cantas pun bermula...


Sedikit Kronologi pokok  daun pandan dan hasil tanamanku..


Asal masak nasik je 
aku letak daun pandan eheheh..
xkira la nasik putih ke, nasi ayam, nasi etc, bubuh! ^^


pokok daun pandan sebelum tumbuh membesar 1 tahun 4 bulan yang lepas



gambar kiri - pokok daun pandan yang tumbuh tegak berjaya dengan Izin dariNya gambar kanan -  hasil ubi keledek lagi! Alhamdulillah ~


Al-Fatihah!
Pokok betik ni telah gugur di perbatasan kebun kecilku
sob...sob... sob..
diserang penyakit Mati Rosot Betik (macam kompom je kene penyakit ni!)

dalam kenangan

Aku nak tau jugak kenapa?!
kenapa pokok betikku yang kian membesar
dan naik tinggi sama paras dengan ketinggian aku ini 
tetiba..
aku tengok daun2 & pucuk betik di sebelah atasnya 
macam kene penyakit, daunnya macam busuk dan berlendir
tapi xberbaulah..
makin hari daunnya makin layu
sampai lebam kehitaman batang pokok

sedihnya aku tengok..
makin hari serangan ke atas batang pokok betikku
semakin parah..
akhirnya... mati.. (innalillah...) : (
xde rezeki nak merasa hasil betik tanam sendiri

Setelah digoogle
Penyakit Mati Rosot Betik?
aku tengok & baca maklumat yang disalurkan kat sini
memang sama sume simptom2 yang dinyatakan
tu yang macam kompom je kene penyakit ni
macam dasyat je...
trus aku kuarantinkan tanah bekas pokok betik tu
aku malas kosongkan sampai sekarang xtanam ape2 lagi

selang beberapa bulan..
aku mengintai jenguk
pokok betik jiran belakang rumah
eh, samalah!
kene gak penyakit seperti pokok betikku
makin layu dan lama-kelamaan mati...
Kita serupa... ehehehe

Tapi kali ni
pokok betik jiranku dah berbuah ranum
terbeliak mataku eheheh
usaha tangga kejayaan

Aku?
asyik tertangguh2 nak tanam pokok betik baru..
tunggu!! ^^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...